Kenapa Kita Perlu Kuarantin Dari Wabak Covid19?

Kenapa Kita Perlu Kuarantin Dari Wabak Covid19?
Kenapa Kita Perlu Kuarantin Dari Wabak Covid19?

Apabila pihak kerajaan telah memerintah agar semua rakyat duduk rumah dari tempoh 18hb hingga 14hb April ini. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kita perlu berkurung di rumah selama hampir sebulan ini?

Baca : Apa itu Covid19? Apakah Cara Pencegahan Yang Berkesan?

Jom kita lihat dulu bagaimana penyebaran covid-19 ini terjadi.



Mungkin ramai yang tidak faham tentang kepentingan kuarantin ini. Amir kongsikan beberapa info dan bagaimana Covid19 ini merebak (Boleh refer dari video diatas). Tempoh kuarantin ini merupakan saat yang paling penting untuk kita semua patuhi sebab ia satu tempoh yang mampu untuk menghentikan penyebaran covid-19.

1. Orang yang disyaki pembawa covid-19 wajib kuarantin diri selama 14 hari, jika tiada apa terjadi maka orang itu selamat dan bebas covid-19.

2. Kuarantin selama 14 hari dapat hentikan penularan covid-19 daripada merebak kepada orang lain.

Seseorang yang positif Covid19 nanti mampu menyebar wabak ini dalam masa yang singkat kerana virus ini tersebar melalui sentuhan antara manusia atau melalui harta benda yang disentuh olehnya.

Baca : Vitamin C Mampu Melindungi dari Wabak Covid19

Oleh sebab itu, kerajaan sangat menyarankan agar rakyat Malaysia patuhi arahan perintah kawalan pergerakan untuk tidak ke mana-mana dalam tempoh 14 hari tersebut. Ia adalah satu tindakan yang PERLU dan WAJIB dipatuhi supaya penularan covid-19 dapat dihentikan.

3. Selama 14 hari sangat berguna untuk memantau gejala-gejala covid-19. Dalam tempoh inilah jika anda mempunyai gejala demam, batuk, selsema, sakit tekak dan sesak nafas, anda harus mengisolasikan diri anda untuk keselamatan orang lain juga. Jangan jadi penyebab pembunuh kepada orang lain.

Statistik perbandingan Malaysia vs Itali

Mengikut statistik disini, selepas lebih seminggu kerajaan Malaysia melaksanakan perintah kawalan pergerakan ini. Carta Malaysia menampakkan penurunan berbanding dengan negara Itali dimana penularan wabak Covid19 ini merebak dengan terlalu cepat.

Jum sama-sama kita patuhi supaya kita dapat mengekang covid-19 ini terus menular. Kesianlah kepada barisan hadapan perawat-perawat yang sanggup berkorban masa, tenaga dan keluarga hanya demi untuk berkhidmat merawat pesakit covid-19.

Jangan biarkan mental mereka ini koyak dan down hanya disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab kita.

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen anda :)