Berita paling gembira buat pasangan yang baru berkahwin ialah hamil. Itu adalah saat yang paling dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.
Tapi tak semua berpeluang untuk alami pengalaman manis itu.
Jika anda yang diberi peluang oleh Allah SWT, jagalah kandungan anda sebaik-baiknya.
Setiap kehamilan ada cabarannya tersendiri.
So, kali ni Nad nak share 6 CABARAN IBU HAMIL yang perlu anda ambil tahu dan kongsikan bersama pasangan anda.
Kenapa pasangan perlu ambil tahu juga?
Nad share based on pengalaman yang ibu hamil ini sangat memerlukan support daripada orang yang terdekat iaitu Suami. Share lah apa sahaja yang berlaku dengan suami even sekecil-kecil benda pun. Hehe
6 Cabaran Ibu Hamil
![]() |
Cabaran 1 Kekejangan Kaki |
- Alaskan kaki dengan bantal
- Buat regangan, gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki anda
- Kekal hidrasi
- Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi
![]() |
Cabaran 2 : Berat Badan Berlebihan |
- Makan hidangan kecil dan kerap
- Pilih makanan ringan yang sihat seperti protein dan buah
- Anda hanya perlukan tambahan 300 kalori sehari sahaja.
![]() |
Cabaran 3 : Keguguran Rambut |
- Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
- Urutkan kulit kepala anda untuk merangsang peredaran darah.
- Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal anda seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan Vitamin C
![]() |
Cabaran 4 : Perubahan Emosi |
- Dapatkan tidur yang mencukupi.
- Luangkan masa dengan pasangan anda.
- Cuba senaman yoga untuk ibu hamil.
- Ambil makanan berkhasiat dengan GI rendah.
- Ambil vitamin pranatal anda seperti vitamin B, zat besi dan asid lemak.
![]() |
Cabaran 5 : Jisim Tulang Berkurangan |
- Amalkan gaya hidup yang sihat - Jangan merokok atau minum
- Lakukan senaman ringan.
- Dapatkan kalsium dan mineral pembina tulang
- Makan sedikit dan kerap.
- Jika muntah, ambil air yang mencukupi.
- Cuba teh pudina halia.
- Ambil vitamin pranatal anda terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil anda.