![]() |
Promosi Shaklee Februari 2019 |
January 31, 2019
Alhamdulillah, bulan Februari ini Shaklee lancarkan promosi terhebat iaitu promosi Vivix.
Beli Twin Pack Vivix, anda boleh memenangi Angpow.
Ada 15 jenis Angpow yang ditawarkan dari Shaklee.
Angpow ini akan dicabut selepas buat belian. Jika anda beli secara online, sistem akan cabutkan untuk anda dan hadiah dipos sekali dengan produk Vivix tadi.
Apakah Angpow yang ditawarkan?
1. Alfalfa (Botol Kecil)
2. B-Complex
3. DTX Complex
4. Lecithin
5. Garlic
6. Peppermint Ginger Plus
7. Carotomax
8. Vitamin E
9. Vita-Lea
10. Omega Guard
11. Ostematrix
12. Vita C Plus
13. Vivix
14. Radiance C+E
15. Night Cream – Light
Shaklee sediakan Angpow bernilai RM800,000 semuanya.
Nad sangat galakkan anda rebut peluang keemasan ini. Sejak ia dilancarkan pada 30 Jan, sudah ada beberapa orang yang telah memenangi hadiah Vivix (RM 475).
Hadiah paling rendah pun bernilai lebih RM 50.
Paling tidak pun, anda akan dapat hadiah supplement lain.
Nad kongsikan beberapa Testimoni Vivix dibawah yang sudah merasa kesan positif.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Nad di 012-2295680
January 28, 2019
8 Kelebihan ESP Shaklee
![]() |
8 Kelebihan ESP Shaklee |
Assalamualaikum semua, hari ini Amir nak kongsikan 8 Kelebihan ESP Shaklee. Mungkin ramai yang tak tahu bagaimana ia di proses dan juga khasiatnya. Rata-rata, customer yang telah menggunakannya memberi feedback yang positif.
8 Kelebihan ESP Shaklee
![]() |
1. ESP tidak mengandungi kolestrol kerana ia diperbuat dari kacang soya (Sumber Tumbuhan).
|
![]() |
2. ESP membantu menurunkan kadar kolestrol. Mengikut kajian yang dilakukan, jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberi kesan penurunan kolestrol dalam darah adalah 25gram sehari. |
![]() |
3. ESP mengandungi kalsium yang tinggi iaitu 500mg bagi 1 hidangan. |
![]() |
4. 1 Tong ESP (850gram) dihasilkan daripada 30kg kacang soya Non GMO. Malah ia diproses menggunakan air (tanpa alkohol) bagi mengekalkan isoflavon dalam kacang soya. |
![]() |
5. ESP mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah dan ia membuatkan anda rasa kenyang yang lebih lama. |
![]() |
6. ESP mengandungi 9 asid amino yang perlu dalam tubuh badan kita. |
![]() |
7. ESP dihasilkan dari kacang soya Non GMO (Genetik tidak diubah) |
![]() |
8. ESP membekalkan 14 gram protein dalam 1 hidangan. |
Buat yang berminat nak tahu lebih tentang ESP. Boleh klik senarai link di bawah
Hubungi kami:
MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
January 25, 2019
Sijil HALAL Shaklee 2019
Sijil HALAL Shaklee 2019
Since dah masuk tahun baru, Sijil HALAL Shaklee pun dah keluar yang baru.
Shaklee sangat komited dengan kualiti dan kehalalan produknya :)
Sijil HALAL Shaklee 2019.
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).
Jadi, anda tak perlu risau untuk menggunakan produk Shaklee.Gunakan tanpa was-was.
Hubungi kami:
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
January 24, 2019
Multivitamin Berusia Lebih 100 tahun, Shaklee Bandar Baru Bangi, Shaklee Bangi, Vitalea Shaklee (Multivitamin)
Multivitamin Berusia Lebih 100 tahun
![]() |
Multivitamin Berusia Lebih 100 tahun |
Apabila kita sebut vitamin, kebiasaannya orang akan sebut multivitamin. Sebenarnya, ada banyak jenis multivitamin di pasaran. Ikut kesesuaian dan budget masing-masing.
Nama asal vitamin dikatakan diambil dari perkataan "vitamine" pada tahun 1912. Ini hasil kajian dari saintis bagi membantu meningkatkan sistem imun badan manusia kerana diwaktu itu banyaknya peperangan & revolusi perkilangan yang menyebabkan ramai penduduk jatuh sakit
Multivitamin yang pertama di cipta dan diberi nama Vitalized Minerals pada tahun 1915. Ia adalah gabungan beberapa mineral dalam 1 botol kaca. Vitalized Minerals ini dicipta oleh Dr Forrest C. Shaklee pada usia beliau lebih kurang 25 tahun. Beliau menciptanya atas initiatif sendiri bagi membantu lebih ramai orang sihat sebelum jatuh sakit.
Fungsi multivitamin ini lebih kepada mencukupkan vitamin dan mineral dalam tubuh badan kita. Ia tidak digelar ubat kerana fungsinya bukannya merawat penyakit.
Botol yang Amir pegang ini (Gambar sebelah kiri) adalah replika vitalized minerals. Sekarang ia sudah tidak dijual di dalam botol kaca. Ia sudah diupgrade ke dalam botol plastik mesra alam dan kedap udara.
Nama baru Vitalized Mineral ialah Vita Lea Iron Formula. Harganya ialah RM 93.75 sebotol (Runcit). Nak untung lagi, boleh jadi ahli shaklee. Dapat penjimatan sehingga 20%.
1 botol Vita Lea ini mampu bertahan 2 bulan dengan pengambilan 2 tablet 1 hari. Kira kos sehari hanya RM1.50 sahaja. Murah bukan?
Berminat dengan produk Shaklee, boleh sahaja hubungi kami yer
January 18, 2019
Alih Perhatian Anak dari Gadget Kepada Buku. Jom ke Kedai Buku Yang Tak Pernah Tutup, BookXcess, Tips Parenting Nadiah Suhaidi
Alih Perhatian Anak dari Gadget Kepada Buku. Jom ke Kedai Buku Yang Tak Pernah Tutup
![]() |
‘Hasil tangkapan’ masa first time pergi. Siap bawak balik kampung 😂 |
"Abang, BookXcess tu kan, dia buka 24 jam kan. Jomlah kita pi malam lepas dinner. Macam best je. Sejukkk.
Budak-budak dalam kereta mudah sikit terlelap. Kita bawak stroller siap-siap. Boleh kita pilih buku lama-lama. Hehehe."
Begitulah idea bernas seorang isteri. Kih kih kih.
Sebelum ni dah pernah pergi sana waktu siang. Seronok anak-anak pilih buku sendiri. Kalau boleh semua nak masuk dalam troli
1. Buku import tapi murah gila
I think up to 90% off kot!
2. Buka 24 hours even on Public Holidays
Boleh pergi time anak tidur. Hehehe.
3. Ada promosi bulanan
Ada bulan tu Buy 5 FREE 1 book. Kat kaunter time nak bayar baru diorang bagitahu. So, kena tanyalah bulan ni promosi apa pulak time kalian sampai nanti ya.
4. Ada servis balut buku FREE
Elok kalau dapat hadiahkan buku yang best kat orang tapi jimat poket kita kan 😁
5. Kedai makan dalam BookXcess
Kut-kut lah tetiba anak kelaparan ke kan, boleh beli situ. Tapi dia tak buka 24 hours. Sampai pukul 11 malam je kut kalau tak silap.
6. Area luar BookXcess cantik
Very instagrammable. Hehe. Tapi kena pi siang la yang ni ye 📸
Kalau kalian nak ke sana waktu malam hingga midnight macam kami, make sure:
![]() |
Masa baru sampai. 2 anak soleh/ah dah beradu |
1. Bawa stroller / baby carrier
2. Pakai pakaian tebal sikit sebab sejuuukkk
Kedai ni online pun ada. Tapi lagi seronok kalau dapat pegang-pegang buku tu sendiri kan. And let the kids choose their favourite books to read 📚 Confirm depa rambang mata! Hehehe.
Waze saja BookXcess. Di Tamarind Square, Cyberjaya.
Nadiah Suhaidi
Suka bau buku 😋
January 16, 2019
Parenting Info, Terkejutkan Anak Tidak Bagus Untuk Perkembangan Mereka, Tips Parenting Nadiah Suhaidi
Terkejutkan Anak Tidak Bagus Untuk Perkembangan Mereka
Kadang-kadang kita ni bergurau tak kena gaya.
Konon nak gurau dengan anak, “Ha! Tengah buat apa tu?”
Terkejut anak tu yang duk elok ralit berkarya. Konon comel lah tengok budak kecik terkejut kan.
Tahu tak benda tu tak bagus untuk attention span dia?
Bila kita buat anak terkejut masa dia tengah ralit buat sesuatu, kita sebenarnya MEMOTONG ATTENTION SPAN dia jadi pendek. Yang patutnya panjang lagi.
Ha, jangan nak stress lah kalau cikgu kata kat sekolah, anak kita boleh fokus kejap je cikgu ajar.
Sepatutnya, kalau kita tengok anak kita duk ralit tu, kita mungkin perlahan-lahan join dia buat aktiviti tersebut, ataupun boleh biarkan sahaja sampai maksimum dia boleh fokus.
Jadi, dapat sesuatu tak, parents?
From Speech Delay to ChatterBox
![]() |
Az Ziyad tongue-tie. |
Az Ziyad, anak Ummi yang kedua. Sewaktu masih bayi hingga umur 1 tahun, semuanya ok. Menyusu ok, kesihatan ok. Merangkak, berjalan semua ok. Perkembangan setara dengan umurnya.
Hingga umur 2 tahun, belum ada tanda-tanda Az Ziyad nak bercakap. Yang Ummi ingat, kalau nak sesuatu, Az Ziyad prefer untuk tarik tangan Ummi dan tunjuk-tunjuk sahaja.
Ummi perhatikan Az Ziyad. Dia faham apa yang kita cakap. Ada kalanya Az Ziyad bercakap juga, semangat dengan tangan-tangannya sekali. Cuma sayangnya kami memang tak faham langsung. Cuma satu je word yang boleh difahami, iaitu "na" yang bermaksud "nak".
Tapi Ummi perasan, kadang Az Ziyad ni tak berpaling kalau kita panggil dia. Serammm!
![]() |
Tongue-tie. Ziyad nangis sebab takut ummi marah sebab conteng muka sendiri. Hehe |
Banyak masa juga dia tantrum tak menentu. Kadang-kadang dia kasi backhand kat sesiapa saja. Padu tau tangan dia. Kalau dah mengamuk tu, kepala dia sokmo terkena muka Ummi. Kepala dia dahlah keras macam batu 😂 Ada yang menggigit, baling-baling barang.
Ummi terdetik juga, adakah Az Ziyad Autism?
Ummi perlu lakukan sesuatu!
1. ASSESSMENT
Pakar Terapi di situ cuba bermain / berkomunikasi dengan Az Ziyad, dan lihat respon Az Ziyad. Ada beberapa aktiviti, termasuk merangkak dalam terowong mainan. Masa tu beliau tanya, adakah Az Ziyad skip merangkak? Jika ya, tak bagus sebab setiap stage dalam perkembangan kanak-kanak memang ada fungsi dia. Jadi, jika anak skip merangkak, terus berjalan, jangan bangga pula ya.
Di akhir assessment, teacher cadangkan Az Ziyad untuk buat Occupational Therapy. Untuk tingkatkan fokus dia, dapat ikut arahan. Nanti dah ok, barulah boleh proceed kepada Speech Therapy (ST).
Balik rumah, kami fikir-fikirkan dahulu. Kami tak terus buat Occupational Therapy sebab ada kekangan.
Kos assessment ini RM 200 (November 2015).
2. OCCUPATIONAL THERAPY (OT)
Sesi OT ni sesi one-to-one dengan pakar. Selepas 2-3 sesi pun dah nampak improvement. Ziyad lebih mudah mendengar kata, more eye-contact, lebih fokus.
Padahal 1 sesi hanya 1 jam sahaja. Tak campur lagi yang Ziyad mengamuk separuh sesi. Haha. 1 minggu sekali. Tapi bila kena caranya, serahkan pada yang pakar. Alhamdulillah, rasa macam magik pun ada juga bila tengok improvement Az Ziyad.
Setiap kali selepas sesi, pakar akan ceritakan apa yang berlaku dan apa respon Az Ziyad. Contohnya sudah boleh menggunting / mengoyak kertas. Pandai gunting dan guna tangan dua-dua belah ke. Dah tak geli pegang pasir / water colour dan sebagainya.
Dicadangkan juga guna 1 berus ni, yang bagus untuk tingkatkan sensory Az Ziyad. Brush di tempat tertentu di badan dia.
Selama 6 bulan Az Ziyad buat OT. Perkembangan Ziyad sangat banyak. Dah boleh count 1-10, sebut warna-warna. Kalau tunjuk random pun dah boleh identify dan sebut dengan betul cuma masih ada pelat lagi.
Az Ziyad juga dah pandai take turn waktu ni. Positive points untuk social skills 🙂
Kos OT ini RM 480, ada 4 sesi sebulan. Setiap sesi berlangsung selama 1 jam bersama Pakar OT.
3. PEMBEDAHAN TONGUE TIE
Sebelum ini, Az Zahin juga ada tongue-tie, tapi tak mengganggu penyusuan dan percakapan. Kami sangkakan keadaan tongue-tie mereka sama saja. Rupanya tidak. Tongue-tie Az Ziyad lebih severe dan perlu dibedah.
Jadi, usia Az Ziyad 2 tahun 10 bulan, dilakukan minor operation untuk memotong tali lidahnya supaya lidahnya lebih bebas bergerak seterunya tidak menghalang Az Ziyad untuk bertutur.
Total keseluruhan kos pembedahan ialah RM 2,103.
Baca kisah lebih detail tentang pengalaman pembedahan lidah pendek Az Ziyad di sini.
4. SPEECH THERAPY (ST)
Sesi ST ni juga one-to-one. Kos RM 480, ada 4 sesi sebulan. Setiap sesi berlangsung selama 1 jam bersama Pakar ST.
Setiap kali selepas sesi, pakar juga akan ceritakan progress Az Ziyad. Diajar juga tips untuk kita sebagai parents untuk bercakap dengan jelas kepada mereka, urut bahagian rahang. Gosok gigi juga bagus untuk lembutkan otot-otot yang digunakan untuk bercakap. Dan, meniup bubble / belon.
Buat ST ni 2 bulan sahaja, dan di hujung tahun 2016 tu, Therapist beritahu yang Ziyad boleh proceed dengan Excel Early Intervention Programme (EEIP) tahun seterusnya.
Pernah juga tanya pada Speech Therapist ni, adakah Az Ziyad ada tanda Autism? Alhamdulillah katanya tak ada apa yang perlu dirisaukan.
5. EXCEL EARLY INTERVENTION PROGRAMME (EEIP)
Ada 2 sesi yang boleh dipilih. Sesi pagi atau petang. Teacher suggest ambil sesi petang sebab level Az Ziyad lebih sesuai untuk sesi petang, since sesi pagi kebanyakannya masih kurang bercakap. Ambil sesi petang supaya Az Ziyad boleh berkawan, bercakap dengan yang dah pandai cakap.
Sesi EEIP ni 3 jam sehari, 3 hari seminggu sahaja.
Biasanya akan diberi tidur sekejap untuk recharge. Selepas itu akan mula sesi. Ada pelbagai aktiviti untuk fine motor skills, large motor skills, encourage bercakap dengan menggunakan microphone, dan sebagainya. Diajar juga cara bersihkan diri diaper-free.
Setiap kali selesai sesi, parents akan dipanggil dan diceritakan dengan detail apa yang dilakukan pada hari tersebut. Kemudian teacher akan ceritakan apa progress setiap seorang student especially ibu bapa yang hadir waktu tu.
Di pertengahan dan hujung tahun, ada juga sesi review progress Az Ziyad.
Di hujung tahun 2017, Az Ziyad dah banyak cakap dah, cuma pelat dan laju sedikit percakapannya. Ummi Abi boleh faham sebab selalu dengar. Orang lain mungkin tak biasa akan kena dengar betul-betul.
Kos pendaftaran EEIP ni RM 1270. Kos bulanan RM 1080.
+++
Sepanjang hantar Az Ziyad ke program-program di Excel Qhalif ni, kami syukur sangat sebab dapat learn something dari macam-macam orang.
Ada yang datang dari jauh ulang alik semata-mata nak buat terapi di situ. Dari Johor, Negeri Sembilan. Dari daerah lain pun ada. Bermacam masalah development yang kami jumpa. Autism, Hyperactive. Ada yang pandai cakap English tapi bermasalah pertuturan dalam Bahasa Melayu. Ada yang bercakap tapi tak selalu lari topik. Ada yang sepatutnya sudah masuk Darjah 1 tapi masih belajar sama-sama dengan Az Ziyad di EEIP. Ada kisah yang bapanya perlu berhenti kerja untuk menjaga anaknya yang Autisme.
6. KINDERKAIZEN (KK) & LITTLE CALIPH (LC)
KinderKaizen pula memang boleh terima anak Autisme atau masalah development. Di sini banyak bermain untuk belajar. Berbeza dari tadika biasa. Kami memang suka di KK sejak Az Zahin dulu lagi ketika dia ada masalah confidence. Alhamdulillah banyak improvement.
Progress Az Ziyad pada tahun 2018 juga sangat bagus. Dari segi behavior - lebih tenang, lebih memahami orang sekeliling. Walaupun hinggalah sekarang masih pelat tapi orang luar yang tak biasa jumpa Az Ziyad boleh faham apa yang Az Ziyad tuturkan.
TAHUN INI AZ ZIYAD 6 TAHUN
Progress pembelajaran Az Ziyad juga setara dengan kanak-kanak yang tiada masalah development. Boleh catch up 🙂
++++
Az Ziyad ni memang seorang yang bubbly, ceria, penyayang, suka baby, suka buat lawak, aktif, sangat suka berkawan, tak takut orang, suka jadi centre of attraction.
Sebak pula sambil menaip ni bila teringat dulu selalu tantrum. Baru Ummi sedar rupanya Az Ziyad tantrum sebab stress orang tak faham apa yang dia cakap. Kalau kita pun, kita stress kan?
Ummi Abi pun stress juga. Dahlah adik Az Ziyad masih baby lagi, juga perlukan perhatian yang lebih.
Alhamdulillah Allah uji kami dengan anak yang ada speech delay. Dari sini macam-macam Ummi belajar sebenarnya. Ilmu tentang Autism, development kanak-kanak, speech, psikologi kanak-kanak. Kalau tak pakar pun, at least mesti kena ambil tahu. Ummi syukur sangat!
Buat kawan-kawan yang ada anak speech delay atau apa-apa masalah development, rujuklah pada pakar. Ada juga yang suggest buat Hearing Test. Tapi tak sempat buat Alhamdulillah it seems takde masalah tu pada Az Ziyad.
Ada juga yang suggest pergi pada kerajaan, tapi kena menunggu sikit lah. Dulu kami ada call untuk buat appointment, kena tunggu 1 tahun baru dapat turn. Pada kami, anak-anak ni cepat besar. Masa berlalu pantas. Kalau lambat tindakan, takut menyesal pula nanti.
Mentua Nad ada kata, Alhamdulillah kami diberi rezeki yang cukup untuk membiayai kos terapi Az Ziyad. Sebab Allah memang beri rezeki tu untuk Az Ziyad pun. Ummi Abi sebagai pemegang amanah.
Selain ikhtiar berjumpa pakar, jangan lupa doakan anak kita. Doa ibu doa yang mustajab. Beritahu semua family members untuk doakan sekali. Kita tak tahu doa siapa yang Allah perkenan.
Semoga bermanfaat. Kalau ada nak tambah, boleh juga tambah jika ada pengalaman juga. Sama-sama kongsi. Tambah saham akhirat inshaAllah.
Nadiah Suhaidi,
Allah sayang kita.
January 15, 2019
Hilang 4kg dalam tempoh 2 bulan selepas amalkan set kurus Shaklee, Set Kurus Shaklee, Testimoni Set Kurus Shaklee
Hilang 4kg dalam tempoh 2 bulan selepas amalkan set kurus Shaklee
Ini adalah kisah dari salah seorang Ahli Shaklee, Puan Hana dimana beliau berkenalan dengan seorang customer di branch Shaklee.
Masa itu, Hana kalut isi form order.
"Tu lah tak mau buat dari rumah kan. Tengah focus isi form, datang someone, indian." Hehe
"Excuse me miss, i nak beli. Tapi dia (staff shaklee) suruh i nak register dengan you.
You boleh bagi ke?"
Rasanya berkat asyik duduk buat muka tak malu. Selalu ke branch pun duduk wat ramai(ramah). Tanpa sangka, Hana dapat sorang downline hari tu. Mudah kan Allah hantar rezeki? Hehe
Dia nak beli set slimming sebenarnya. Sebab kawan die consume shaklee turun 7 kilo katanya. So Hana pun ajar apa yang perlu dia consume itu ini. Dan beliau akhirnya beli Alfalfa (detoks) + Lecithin (pecah lemak) + ESP (protein).
Selepas 2 bulan tak berhubung, dia tiba-tiba mesej minta ajar on weight management and u know what?
Shaklee Effect yang dia rasa, dia inform yang dia dapat turun 4 kilo dalam masa 2 bulan. Aku yang happy lebih. Biasalah tu! Haha
Selepas itu, ada kawan dia nak register under dia pula. Rezeki dulu 'beranak' instant. Now nak 'bercucu' pula. Bukan main gempak lagi penangan Shaklee ini . Hehe
January 14, 2019
Detox Vivix, PROMO Vivix Shaklee, Shaklee Bandar Baru Bangi, Shaklee Bangi, Shaklee COD Bangi, Testimoni - Vivix Shaklee
Testimoni Detox Dengan Vivix Shaklee
![]() |
Detox Vivix dalam 1 Minggu |
Apa perbezaan yang Kak Ija rasa selepas Detox Vivix selama 7 hari?
Alhamdulillah, Badan rasa lebih ringan. Tak mudah rasa letih. Kalau tidak, duduk saja mesti nak terlelap. Badan rasa macam kerja kontrak, dia punya penat.
Dan Kak Ija pun rasa seronok dan best sebab sudah ramai yang follow akak detox selepas lihat perubahan yang akak alami. Seronok bila kita dapat bantu mereka jalani hidup yang lebih berkualiti dan sihat. Insyaallah.
Nama : Nor Azliza Sahin
FB : Azliza Sahin
IG : azliza sahin
No Telefon : 0193036830
Apa perbezaan yang Kak Ida rasa selepas Detox Vivix selama 7 hari?
Sebenarnya, akak nak detox sangat dengan vivix ini sebab berat naik sangat masatimbang di Aeon. Naik hingga 71.7 kg. Sebelum ini, akak beritahu berat dalam 63-65kg sahaja. Terkejut sangat waktu itu.
Selepas buat detox Vivix. Bangun pagi, badan rasa cergas. Tapak kaki dah tak rasa sakit, dan lutut pun tak sakit. Alhamdulillah.
Berat sebelum :71.7kg
Lepas 7 hari :70.9kg
Ukut lilit sebelum 34 inch
Lepas 7 hari :32 inch (Turun 2 Inch)
FB : Ida Rashid
IG : ida_rashid empire
No telefon : 0122300921
Nama : Rosnihafida Rashid
January 13, 2019
Coaching Session Kak Eina Md Ali
Lama tak jumpa ex-housemate masa praktikal dulu, Kak Eina Md Ali.
Masa tu memang kami strangers. Nad masih budak U, dan dalam tu semua kakak-kakak yang dah lama kerja. Company pun lain-lain. Nasib baik semua kakak-kakak baik. Tak kena buli 😝
8 orang duk satu rumah. Meriah! Hehe.
Seronok dapat catch up dan borak bisnes 😁
All the best!
Energizing Soy Protein Shaklee (ESP), Shaklee, Shaklee Bandar Baru Bangi, Shaklee COD Bangi, Testimoni ESP Shaklee
Testimoni ESP Untuk Kulit Cantik
Puan Gee
Kenapa saya pilih ESP?
Selepas saya amalkan ESP, kulit saya tidak kering lagi. Boleh kontrol nafsu makan dan ia bantu Gee semasa sahur. Tak perlu fikir menu apa nak makan. Ambil jer ESP. Dah siap.
Kenapa saya pilih ESP?
ESP membantu mencantukkan kulit muka saya. Sekadang dah kurang berjerawat dan tidak kusam lagi.
Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk ESP,
klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad
Disclaimer
Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit
Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.