July 26, 2019

Kisah Ladang Anggur Roger Barnett



Kisah Ladang Anggur Roger Barnett
Ini ladang Anggur Roger Barnett di Napa Valley
 Masa tahun 2014, Amir dan delegasi Shaklee Malaysia hadir ke conference di Long Beach, California. Ceo Shaklee, Mr Roger Barnett berkongsi sebuah kisah mengenai ladang anggur beliau di Napa Valley. Beliau teruja beli ladang anggur disitu sebab dikatakan anggur dari California antara yang terbaik.

Delegasi Shaklee Malaysia baru tiba di perkarangan ladang Anggur Roger Barnett
Jadi, beliau beli rumah ladang bersama ladang anggur yang luas. Banyak investment dilakukan dari baja, penjagaan, benih, dan pelbagai lagi sebab excited memiliki ladang anggur sendiri.

Selepas 1 musim, beliau lihat ladang anggurnya tidak menjadi. Anggur dari ladang jiran semua berbuah lebat dan banyak. Lalu, Mr Roger cuba mendapatkan pendapat dari orang yang mahir dalam bab penanaman anggur ni.

Rupanya, benih anggur yang digunakan tidak sesuai dengan tanah disitu. Itu sebab hasil dia tak sama dengan jiran yang lain. Beliau tak putus asa dan teruskan menanam anggur semula mengikut nasihat orang tadi.

Inilah CEO Shaklee, Mr Roger Barnett. Orang yang sempoi. Siap tolong ambilkan gambar.
Ia ambil masa 8 tahun untuk menghasilkan ladang yang menghijau dan cantik seperti dalam gambar dibawah. Dan untungnya delgeasi Shaklee Malaysia merupakan group pertama yang datang ke rumah ladang Mr Roger ini. SID Shaklee US sendiri pun tak sampai lagi.

Point yang Mr Roger nak sampaikan ialah fokus pada bisnes kita sendiri. Jangan lihat bisnes orang lain sebab permulaaan kita tak sama. Setiap orang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Belajar dari mentor atau orang yang pakar supaya kita dapat jimatkan masa dan kos untuk dapatkan hasil yang lumayan.

Inilah mentor kami, Master Firdhaus dan Master Iffah menghadiahkan tanda penghargaan buat Mr Roger Barnett.
Terima kasih kepada Team S2U Families yang sudi share gambar mereka dari sana. Seronok lihat suasana ladang anggur Mr Roger. Rasa tenang jer.
Continue Reading

July 25, 2019

Decoupage Giveaway by Mummy Ayu

Assalamualaikum semua, hari ini Nad ada join satu Giveaway dari blogger Mummy Ayu.
Event ini berlangsung selama 1 minggu bermula dari 23 - 30 Julai 2019. 

Jom kita sama-sama join, boleh tambah kenalan dan merapatkan ukhwah. Kalau untung badan, dapat hadiah menarik dan istimewa. Ada hadiah yang dikatakan datang khas dari Bangkok. Menarik bukan?

Klik banner di bawah untuk join event ini.

Continue Reading

Anggur Muscadine

Anggur Muscadine yang besar
Nama saintifik Anggur Muscadine ialah Vitis Rotundifolia merupakan spesies anggur asli di bahagian tenggara dan selatan Amerika Syarikat dari Florida ke Delaware, barat ke timur Texas dan Oklahoma. Ia telah ditanam secara meluas sejak abad ke-16 lagi. Tumbuhan ini sesuai dengan iklim panas dan lembap dimana ia memerlukan sedikit suhu panas berbanding dengan jenis anggur yang lain. Anggur Muscadine ini akan berbuah dan masak pada musim panas.

Anggur Muscadine yang masak berwarna "bronze", ungu gelap atau hitam. Ada juga spesies liar yang kekal berwarna hijau walaupun dah masak. Anggur Muscadine mempunyai kulit yang cukup tebal dan sukar dimakan secara mentah seakan-akan seperti buah plum. Anggur ini biasanya digunakan dalam pembuatan wine, jus, dan jeli. Malah ia kaya dengan sumber polifenol.

Dianggarkan lebih 150 penanam Anggur Musdcadine di sebelah selatan Negara Amerika dimana ada anggur ini yang telah dipatenkan supaya menjaga hak-hak penjagaannya.

Tanaman Anggur Muscadine ini memakan masa sekitar 3-5 tahun. Hasil penanaman komersial sekitar (8-18 tan setiap ekar. Ia sesuai ditanam di tanah pasir berpasir dan tanah aluvial (tanah rata yang berlaku hasil endapan) yang subur.

Dapat free 1 bekas untuk setiap delegasi Shaklee
Anggur ini tahan terhadap perosak dan penyakit, termasuk penyakit Pierce, yang boleh memusnahkan spesies anggur lain. Muscadine adalah salah satu spesies anggur paling tahan terhadap Phylloxera, serangga yang boleh membunuh akar anggur.


Banyak kajian saintifik dijalankan mengenai Anggur Muscadine kerana ia terkenal kulit berpigmen dan tebal (mempunyai kandungan polifenol tinggi). Satu laporan saintifik menunjukkan bahawa Anggur Muscadine ini mengandungi kepekatan resveratrol yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Buku Telomere Effect dari Dr Elizabeth Blackburn
Dalam kajian Dr Elizabeth Blackburn, pemenang Nobel Prize dan juga penulis buku the Telomere Effect menunjukkan hubung kait jelas pemakanan dan gaya hidup sihat yang mendorong perubahan pada Telemore yang berada di kromosom dalam DNA (dalam sel) badan kita.

Dalam bahasa mudah, telomere kita semakin tua dan semakin pendek kalau tidak dijaga pemakanan kita, kehidupan yang selalu stress. Apabila telomere ini pendek, maka sel badan kita pun kurang sihat dan badan mudah jatuh sakit.

Dalam buku beliau juga ada mencadangkan supaya kita ubah gaya pemakanan dengan menambah menu yang mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi dapat membantu menjaga telomere kita tadi. Secara tak langsung, risiko sel badan menjadi rosak berkurangan. Malah ia dapat melambatkan proses penuaan dan mengelakkan penyakit yang lain.

Sebab itu ada orang gelarkan Anggur Muscadine ini sebagai Super Food kerana kandungannya. Anda tahu cara mudah nak dapatkan Anggur Muscadine ini di Malaysia? Cuba komen diruangan bawah.
Continue Reading

July 18, 2019

Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb

Masa bercuti minggu lepas, Amir decide nak book homestay untuk family besar kami untuk majlis di Melaka. Teringat balik yang tahun lepas kami ada guna apps Airbnb untuk cari homestay di Gambang Water Park. Harga sangat berbaloi dengan rumah yang kami dapat.

Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
View dari Homestay 1 kami di Pantai Klebang
Kali ini, Amir book apartment 3 bilik dengan harga RM230 include semua service caj. Homestay kami terlekat di Pantai Klebang, Melaka. Ia boleh muat hingga 18 orang. Design rumah yang agak lama dan sangat luas. Cuma bab kebersihan itu tak berapa sangat, maybe sebab tak ramai orang yang duduk disini. Dan satu lagi, pentingnya kita confirmkan balik dengan owner samada toiletries dan towel disediakan. Homestay ini tidak disediakan dengan alasan towel semua dicuri orang. Adehh.

Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
Katil Double Decker idaman Triple Z
The best part untuk homestay ni ialah katil Double Decker. Triple Z suka sangat jumpa katil double decker. Siap berebut nak tidur atas dan request nak letak di bilik mereka nanti. Haha.

Abi & Ummi terpaksa la tidur di bahagian bawah, kemudian baru Ziyani nak join sekali sebab tak muat kat atas. Kolam apartment ni pun besar, cuma tiada bahagian kanak-kanak. Kami terpaksa la mandi di kolam 4 kaki sambil melatih Triple Z cara nak terapung dan berenang.

Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
Muka happy nak pergi Legoland
Keesokan harinya, kami bergerak ke Nusajaya, Johor untuk bercuti di Legoland. Kami tak book hotel Legoland sebab rate dia mahal gila compare masa kami pergi 5 tahun lepas. So, Amir dah siap-siap book apartment depan dengan Legoland, jalan kaki 5 minit jer dah boleh sampai.

Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
Inilah homestay ke 2 kami. Dekat sangat dengan Legoland

The best part untuk homestay ke 2 kami ini sebab rate dia hanya RM120++ semalam sahaja. Minimum booking ialah 2 malam. Total jadi RM243 include semua service tax.

Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
Inilah homestay kami. Bersih dan cantik
Apartment ini ada 1 bilik tidur yang besar siap dengan toilet ada bathtub. Ruang tamu dan dapur dia sangat bersih dan cantik. Pandai owner ni hias. View dari apartment kami ini pula boleh nampak kolam dan semestinya Legoland. Triple Z suka sangat view ni sampai usha banyak kali bila Legoland nak buka atau tutup. Haha

Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
Bilik air luas siap dengan bath tub
Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
Bilik tidur muat 1 katil Queen dan 2 katil Single.


Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
Nampak Legoland dari homestay kami

Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
Zahin tengah cari remote tv 
Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
View cantik dan hijau


Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
View dari bilik tidur

Homestay Murah di Legoland dengan Airbnb
Ziyad yang excited nampak kolam
Kepada kawan-kawan yang ada plan mencari homestay berdekatan dengan Legoland, boleh cuba guna Airbnb. Banyak pilihan apartment yang murah & cantik. Sesuai untuk bawa 1 keluarga yang besar berbanding duduk di hotel budget.

Bagi yang 1st time nak guna Airbnb, boleh klik link dibawah untuk dapat diskaun 10% dari Airbnb. Kenapa bayar lebih kalau dapat jimat bukan? Hehe

Continue Reading

July 11, 2019

Beli Car Seat Ziyani



Datang lagi sini lagi (LittleWhiz.com), cari car seat untuk anak dara pulak. Since Maxi Cosi dia dah pi hantar servis, almaklumlah dah 5 tahun pakai tak pernah servis. Tahun ni baru dapat ilmu car seat boleh servis 🤣

Nanti Nad cerita pasal servis car seat tu k bila dah siap next week.

Ziyani pilih Car Seat ni sebab warna Merah macam Maxi Cosi

Kali ni datang sini lama betul nak decide nak beli yang mana. Sebab anak dara Ummi ni meragam. Tak sunyi la kedai ni harini dengan suara Ziyani tadi 😂

Terpaksa la Abi pujuk dia dengan macam-macam cara 🤭

Alhamdulillah sales person sini sabar je layan. Try beberapa car seat tadi.

Akhirnya Ziyani pilih Chicco Youniverse. Siap diorang pasangkan kat kereta lagi. Thank you LittleWhiz!

Staff LittleWhiz pasangkan Car Seat dan ajar kami sekali
On the way balik, Ziyani pun lelap dalam car seat pilihan hati ❤️
 
Test dulu beberapa jenis Car Seat sebelum confirm. Nuha pun try sekali

Ziyani dah lelap waktu balik dari Shah Alam

Continue Reading

July 09, 2019

Ujian 5 Langkah Samada Anak Kita Perlu Car Seat



Jika anda punyai anak-anak sekitar umur 10 tahun ke atas, anda mungkin rasakan mereka tidak lagi memerlukan sebarang jenis kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) dan sudah boleh menggunakan tali pinggang keledar biasa.

AWAS! Anda perlu lakukan Ujian 5-Langkah ini untuk benar-benar memastikan anak anda tidak lagi perlu sebarang CRS di dalam kereta anda.

Kesemua 5 langkah ini perlu dipatuhi dan sebarang ketidakpatuhan kepada mana-mana langkah yang tersenarai menunjukkan anak anda masih belum sesuai menggunakan tali pinggang keledar.

Langkah 1: Pastikan anak boleh BERSANDAR SEPENUHNYA PADA PENYANDAR KERUSI KERETA.

Langkah 2: Pastikan LUTUT DAPAT DIBENGKOKKAN DENGAN SEMULAJADI pada hujung kerusi kereta.

Langkah 3: Pakaikan tali pinggang keledar dan periksa. Tali keledar bahagian BAHU PERLU BERADA DI BAHU, dan bukan di leher atau muka.

Langkah 4: Tali keledar bahagian riba pula perlu berada di BAWAH TULANG PINGGUL, dan bukan di perut.

Langkah 5: KEKAL SEPERTI LANGKAH 1-4 SEPANJANG PERJALANAN.

Zahin duduk dalam Car Seat

Ziyani pun suka duduk dalam Car Seat
Kebanyakan kanak-kanak boleh melepasi sehingga langkah keempat namun gagal pada langkah kelima kerana mereka belum cukup matang untuk duduk diam pada kedudukan tertentu di dalam kenderaan. Adalah amat berbahaya sekiranya mereka mengalihkan tali keledar atau tertidur dalam keadaan bersandar ke tepi tingkap sehingga menyebabkan kedudukan tali pinggang keledar beralih.

Ujian ini perlu dilakukan dalam setiap kenderaan yang dinaiki anak anda kerana kemasan kerusi kenderaan dan sistem tali pinggang keledar yang berbeza-beza antara model kenderaan mungkin mempengaruhi keperluan penggunaan CRS dan tali keledar anak anda.

Sebenarnya, kelima-lima langkah ini juga adalah bagaimana anda sebagai orang dewasa perlu memakai tali pinggang keledar!

Adakah anda melepasi ujian ini?

Credit to FB Page Child Passenger Safety Malaysia
Continue Reading

July 08, 2019

3 Testimoni Susu Banyak Selepas Amalkan Set Menyusu Shaklee


Hari ini, Nad nak kongsikan 3 testimoni Set Menyusu Shaklee.


Kak Naj kenal set menyusu semasa menyusukan Muiz, anak ketiga. Kemudian Muiz kena chicken pox, terus jadi ahli dan try nutriferon. Anak nombor 4 dari mengandung sampai 2 tahun, Kak Naj masih mengamalkan set yang sama. Mood baik je, badan cergas. Tak melepet macam masa anak no 1 & no 2. Alhamdulillah sangat! 


Saya kenal produk Shaklee sejak menyusu anak kedua pada tahun 2011. Asbab susu merundum, nak kasi meriah balik, tapi banyak manfaat yang saya dapat rupanya. Saya teruskan ambil sehingga mengandung anak ketiga, berpantang dan menyusu dan teruskan juga sehingga mengandung anak ke empat dan ketika menyusukannya. Sekarang, Alhamdulillah dah tak alami sembelit, sakit kepala, gastrik, resdung dan sakit belakang.


Kalau makan alfalfa, memang susu meriah giler lagi-lagi mungkin rezeki saya jenis yang susu meriah. Sejak saya makan Alfalfa dalam sehari saya mampu produce 25-27oz dari p8 pagi hingga .430 petang semasa waktu bekerja.

Baca:
Apa itu Set Menyusu Shaklee?
Lagi Testimoni Set Menyusu Shaklee


Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Set Menyusu ini
klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)


Promosi Shaklee April 2019

Continue Reading

Moving On

Bergenang jugak air mata ni. Kereta Shaklee kedua kami.


Kereta pertama Shaklee, Honda Insight QMT 8008. Beli di Miri. Kali pertama tengok terus jatuh cinta. Direct dari Jepun. Memang peminat Jepun. Al maklumlah kami berdua suka tengok Anime 😂 2012-2017 years of service. Tak terasa sedih sangat sebab masih depan mata since adik Amir yang beli pula dari kami.

Honda Accord pula, kereta idaman. First time tengok kawan bawa kereta ayah dia masa zaman praktikal dulu. Alhamdulillah Allah bagi rezeki merasa.

Setiap pertemuan ada perpisahan. Hijrah memang menyakitkan. Tapi ia untuk kebaikan. InshaAllah.

Family is our priority sekarang ni. Kena cari yang lebih sesuai untuk our growing family. Lebih selesa, lebih selamat, lebih mesra kanak-kanak.

Thanks for the 5 years of memories and service. 10.07.2014 - 7.07.2019
Continue Reading

July 04, 2019

Promosi Shaklee Julai 2019


Bulan Julai ini, Shaklee menawarkan beberapa Promosi Hebat diantaranya ialah 
2 produk Supplement (Zinc Plus dan Vitamin C Sustained Release) bersama dengan produk terbaru Youth.

1. Promosi Julai 2019 (Zinc Plus & Vitamin C Sustained Release)


Dengan setiap pembelian 3 botol Zinc Plus, anda dapat 1 botol secara PERCUMA (Jimat RM45)

Kelebihan Zinc Plus
Zinc Plus ini mempunyai beberapa keistimewaannya yang tersendiri diantaranya ialah

  • 15mg Zink/ hidangan.
  • Membekalkan 100% nilai harian
  • Berasaskan tumbuhan.
  • Tiada bahan berasaskan haiwan.
  • Diekstrak dari fermentasi glukosa dari jagung.
  • Menjadikannya kurang rasa logam, pahit dan rasa kelat.
  • Kadar penyerapan yang tinggi berbanding zink sintetik!
  • Sesuai untuk semua orang dewasa.
  • Diformulasikan tanpa Alfalfa.


Dengan setiap pembelian 3 botol Vitamin C Sustained Release
anda dapat PERCUMA 1 Chewable C Plus (Jimat RM41)

Baca : Testimoni Vitamin C : Jerawat kecut dalam 3 hari.

2. Promosi Julai 2019 (Youth Mask)


Ini adalah produk Youth terbaru dari Shaklee, baru sahaja launch bulan ini.  Setiap pembelian Youth Mask (2 item, Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask), anda akan dapat 
  • FREE Youth Facial Brush
  • FREE Youth Organza Bag
  • FREE Youth Mask Usage Guide.
Detail penggunaan Youth Mask ada Amir sharekan dalam post sebelum ini, atau boleh klik link dibawah ini.

Baca : Youth Mask (Produk Baru)

Baca: 10 Testimoni YOUTH Skincare Shaklee Untuk Mereka Yang Berusia 40an 50an 60an 70an 80an

3. Promosi Youth Welcome Set

Youth Starter Welcome Set

Kalau anda yang nak baru nak cuba YOUTH Skincare, ini adalah masa yang sesuai!

Biasanya harga set ini ialah RM 680 untuk ahli / RM 850 untuk bukan ahli Shaklee, tetapi istimewa untuk anda, ianya cuma RM 612 all in!

Ada 4 items di dalam set ini:

  • YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
  • YOUTH Perfecting Skin Toner
  • Age Defense Moisturizer SPF 50
  • Advanced Renewal Night Cream (Light)

Kelebihan yang anda dapat dengan YOUTH Welcome Set ini ialah:

  • Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 170)
  • Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 68)
  • Cashback RM 29
  • FREE Membership (jimat RM 65)
  • FREE Postage (jimat RM 10)
  • FREE Discover Beauty Within Paper Bag yang ekslusif
  • Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 340! 😱😍

Baca: Koleksi Testimoni YOUTH Skincare dari Pemenang Pertandingan YOUTH Stars

4. Promosi Vivix Welcome Set

Promosi Vivix Welcome Set
Ada yang sedih sebab terlepas Promosi Vivix pada bulan Feb hari tu. Jangan kecewa sebab Shaklee tawarkan Promosi Vivix Welcome Set untuk bulan ini. Yeay! Bulan ni ada Promo VIVIX yang best!

Dalam promosi ini ada 2 botol Vivix. Biasanya set ini berharga RM 760 untuk ahli / RM 950 untuk bukan ahli Shaklee. Tetapi istimewa untuk anda, ianya cuma RM 684 all in!

Kelebihan yang anda dapat dengan Vivix Welcome Set ini ialah:

  • Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 170)
  • Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 68)
  • Cashback RM 29
  • FREE Membership (jimat RM 65)
  • FREE Postage (jimat RM 10)
  • FREE Discover Beauty Within Paper Bag yang ekslusif
  • Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 370! 😱😍
Jimat sangat kan!

Dengan pengambilan Vivix secara konsisten, inshaAllah ia dapat membantu badan kekal cergas dan bertenaga, malah wajah juga akan nampak lebih muda.

Vivix ini sesuai sangat untuk diri sendiri, pasangan, ibu bapa, atuk nenek kerana ia sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh! ❤️

Baca: Testimoni Vivix

5. Promosi Daily Essential Welcome Set

Promosi Daily Essential Welcome Set
Siapa yang baru nak mencuba supplement Shaklee, atau nak mula buat business Shaklee dengan kami, Amir syorkan anda grab promosi ini. Dalam set ni, anda dapat 6 Produk Best Seller dengan harga yang berbaloi!

Anda boleh mencubanya sendiri terlebih dahulu dan bila sudah rasa keberkesanannya.

Boleh la start share dengan ahli keluarga dan kawan-kawan pula.

6 produk dalam Promosi Daily Essential Welcome Set ini :-

✅ ESP
✅ Vitamin C
✅ Omega
✅ VitaLea Multivitamin
✅ B Complex Folic Acid
✅ VIVIX

Kelebihan yang anda dapat dengan Daily Essential Welcome Set ini ialah:

  • Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 170)
  • Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 68)
  • Cashback RM 29
  • FREE Membership (jimat RM 65)
  • FREE Postage (jimat RM 10)
  • FREE Discover Beauty Within Paper Bag yang ekslusif
  • Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 390! 😱😍
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang promosi bulan ini
klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)




Continue Reading

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.