Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Covid19

Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Covid19
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes kelmarin, disusuli 125 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

Susulan dari peningkatan mendadak jangkitan Covid19 ini, Perdana Menteri Malaysia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah membuat pengumuman yang penting mengenai tindakan Kerajaan terhadap wabak Covid19. Kerajaan melaksanakan "Restricted Movement Order" bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini sebagai langkah terbaik untuk mengawal penularan wabak Covid19 di negara ini.

Baca : Perokok Berisiko Tinggi terhadap Covid19

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi 6 perkara yang perlu diberi perihatian buat rakyat Malaysia.


1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Baca : Makanan Terbaik untuk Tingkatkan Imun Badan 

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Baca : Vitamin C Melindungi Diri dari Covid19

PM sendiri merayu kepada semua rakyat Malsyaia agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

Baca : Rawatan Covid19 menggunakan Vitamin C

Post a Comment

3 Comments

  1. Stay safe dan jangan panik ye. InsyaAllah, this too will pass.

    ReplyDelete
  2. i hope everything will be okay soon

    ReplyDelete
  3. Insyaallah, doakan yang terbaik buat kita semua

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)