July 21, 2021

Sijil Halal Shaklee 2021

Sijil Halal Shaklee 2021
Sijil Halal Shaklee 2021

Setiap tahun, Sijil Halal ini akan diperbaharui bagi memastikan setiap produk yang dikeluarkan pada tahun tersebut mematuhi piawaian sijil halal yang telah ditetapkan. 

Permohonan pensijilan halal bukanlah satu proses yang mudah, ianya mencakupi seluruh aspek pemprosesan bermula dari bahan mentah, barisan produksi sehinggalah ke produk akhir. Ianya dipantau ketat, bagi memastikan ianya diyakini halal buat pengguna beragama Islam. 

Bagi tahun 2021, Sijil Halal bagi produk Shaklee telahpun disiarkan untuk rujukan semua ahli, dan pengguna. (Rujuk gambar bagi Sijil Halal 2021) 

Sijil Halal Shaklee 2021
Sijil Halal Shaklee 2021 yang dikeluarkan oleh ISA

Sijil Halal Shaklee 2021
Produk dalam Sijil Halal Shaklee 2021

Sebelum itu, mesti ada yang tertanya, siapa yang bagi kelulusan ni sebab ada yang semak dalam website Halal Jakim tak jumpa. 

Okay, bawa bertenang. Mari kami kongsikan serba sedikit bahagian approval ni.

Siapa yang approve Sijil Halal Shaklee ini yer?

Sijil halal bagi produk Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) yang merupakan sebuah Organisasi Pemantauan Sijil Halal bagi seluruh Negara Amerika yang diiktiraf oleh seluruh dunia termasuklah Halal JAKIM. Saya ada sertakan dalam gambar, screenshot dari pdf halaman 56, yang menyenaraikan ISA sebagai salah satu Badan Halal yang diiktiraf JAKIM.

Sijil Halal Shaklee 2021
Islamic Service of America (ISA)

Klik disini untuk rujukan ➔ Foreign Halal Certification Bodies

Apa itu ISA? Dan beberapa fakta yang perlu Anda ketahui.

Mari Amir kongsikan lebih informasi mengenainya ISA atau nama panjangnya Islamic Services of America.
  • Logo Islamic Services of America menunjukkan bahawa status produk atau perkhidmatan Halal dipantau secara berkecuali oleh kakitangan Islamic Services of America. Logo ISA diiktiraf oleh pengguna Islam sebagai tanda bahawa produk memenuhi standard Halal.
  • ISA telah diiktiraf oleh LP POM-MUI dan AIFDC-ICU (Indonesia), MUIS (Singapura), JAKIM (Malaysia) sejak penubuhannya pada tahun 1980-an.
  • ISA diiktiraf oleh Mother Mosque of Amerika, masjid tertua yang masih kekal di Amerika Syarikat, terletak di Cedar Rapids, Iowa.
  • Selain itu, Persatuan Muslim Amerika dan Pusat Islam di seluruh Amerika Syarikat memperakui ISA kerana integritinya dalam mengekalkan Piawaian Halal. 
  • ISA memperakui pengeluar produk yang boleh dimakan apabila mereka memenuhi standard Halal yang mematuhi Syariah.

Sijil Halal Shaklee 2021
Islamic Service of America (ISA)

Klik disini untuk rujukan ➔  https://www.isahalal.com

Okes, sekarang dah jelaskan semuanya.

Jangan lupa yer kongsikan berita baik ini dengan semua downline, keluarga dan rakan-rakan anda!

Teruskan mengguna produk Shaklee dengan lebih YAKIN!
Continue Reading

July 16, 2021

Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia

Kenali jenis-jenis vaksin COVID-19 yang akan digunakan di Malaysia. 

Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
Apa itu Vaksin?

Kita selalu dengar pasal Vaksin ni kan? Anda tahu apa itu Vaksin?
Vaksin ini dihasilkan daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang dimatikan atau dilemakan atau dari protein subunit pada virus. Bagi vaksin Covid 19, ia sebenarnya berasal dari virus Covid 19 itu sendiri cuma dalam bentuk yang lemah.

Bila vaksin ini dicucuk ke dalam badan kita, antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem imuniti tubuh badan kita. 

Ertikata lain, Vaksin Covid 19 ini membantu sistem imun mengenal pasti kuman atau virus tertentu supaya sistem imun cukup bersedia apabila diserang oleh virus sebenar.

Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
Apa itu Covax?

Covax ini ialah fasiliti Covid 19 Vaccine Global Access (COVAX) dimana ia merupakah salah satu tempat yang menjadi tumpuan World Health Organization membantu mempercepatkan proses vaksin Covid 19 ini. Pelbagai jenis Vaksin Covid 19 akan dikaji dan direkodkan disini sebelum diproses di tempat pengeluarannya.

Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
Ada 5 Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia setakat ini.

Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
  1. Pfizer - Vaksin mRNA (2 dos) dari negara Amerika
  2. AstraZeneca - Vaksin berasaskan Adenoviral (2 dos) dari negara Britain
  3. Sinovac - Vaksin virus tidak teraktif (2 dos) dari negara China
  4. SputnikV  - Vaksin berasaskan Adenoviral (2 dos) dari negara Rusia
  5. CanSinoBio -  - Vaksin berasaskan Adenoviral (1 dos) dari negara China

Vaksin dibahagikan kepada 6 jenis;
    Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
    Kenali 6 Jenis Vaksin

    1. Live-attenuated - Mengandungi virus atau bakteria yang telah dilemahkan melalui teknologi makmal.
    2. Inactivated virus Mengandungi virus atau bakteria yang telah dimatikan melalui teknologi makmal. 
    3. Viral Vector Vaccine Mengandungi virus yang telah diubah suai (viral vector). 
    4. Protein Subunit Vaccine Mengandungi sebahagian protein virus atau bakteria. 
    5. Nucleic Acid Vaccine Mengandungi DNA atau RNA daripada protein virus atau bakteria. 
    6. Toxoid Vaccine Mengandungi toxoid (toksin yang diubah suai) yang telah dinyahaktif.
    Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
    Maklumat Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia

    Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
    Setiap vaksin adalah selamat, berkesan dan stabil

    Jenis Vaksin Covid 19 di Malaysia
    Bilakah antibodi badan kita bertindak?

    Kajian menunjukkan vaksin memerlukan 1 hingga 2 minggu untuk memberi tindak balas imun.

    Kesan sampingan dari Vaksin Covid 19

    Di dalam bidang perubatan, setiap rawatan atau ubat mempunyai kesan sampingan tetapi tidak bermakna rawatan tersebut tidak selamat, sama seperti vaksin COVID-19 ini. Walaupun vaksin COVID-19 telah dilaporkan mempunyai beberapa kesan sampingan, ia selamat digunakan kerana kesan sampingan yang boleh berlaku tidak membahayakan nyawa seseorang. Vaksin ini telah diluluskan oleh FDA atau Food & Drug Administration yang bertanggungjawab dalam mengawal proses dan keselamatan penciptaan vaksin ini untuk kegunaan manusia di seluruh dunia. 

    Vaksin ini juga melalui proses saringan keselamatan oleh organisasi di negara kita sendiri iaitu NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency). Vaksin ini didapati hanya mempunyai kesan sampingan yang bersifat ringan dan sementara. 

    Menurut CDC, kesan sampingan vaksin COVID-19 biasanya berlaku dalam tempoh 7 hari selepas suntikan. Sekiranya anda mengalami kesan sampingan seperti kemerahan atau kesakitan di tempat disuntik semakin teruk dalam masa 24 jam, anda disarankan untuk menghubungi petugas kesihatan anda. 

    Pihak CDC juga amat menyarankan untuk mendapatkan dos kedua vaksin walaupun anda mengalami kesan sampingan sewaktu dos pertama melainkan doktor atau petugas kesihatan menyatakan anda tidak layak untuk menerima dos kedua atas sebab-sebab tertentu.


    Continue Reading

    Persiapan Sebelum Vaksin Covid 19

    Ketahui Proses Sebelum, Semasa & Selepas Suntikan Vaksin COVID-19 


    Alhamdulillah, kami selesai sudah menerima vaksin pada 14 Julai 2021 di Bangi Avenue Convention Center di Bandar Seri Putra. Perjalanan kami ke sana lancar, dan anak-anak tinggal di rumah jiran sebab parent Amir pun ambil vaksin 2nd dose di Mines Convention Center.

    Kami nak share sedikit perjalanan dan proses sebelum, semasa dan selepas suntikan Vaksin Covid 19 dengan para pembaca.

    Register dulu dalam MySejahtera dan sentiasa check apps untuk dapatkan tarikh Vaksin.

    Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang vaksin COVID-19 di dalam minda setiap rakyat. Perkara ini normal sebagai seorang manusia untuk rasa curiga pada perkara yang baru dan mungkin rasa ketakutan pada apabila kurang jelas pada pemahaman vaksin ini.

    Untuk pengetahuan semua, vaksin COVID-19 ini layak diterima oleh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit COVID-19. Menerima vaksin ini adalah sama seperti menerima vaksin untuk penyakit lain yang sedia ada di Malaysia ini. 

    Sebelum Menerima Suntikan Vaksin COVID-19
    1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah mengemaskini maklumat anda di dalam aplikasi MySejahtera 
    2. Pastikan anda telah menjawab kesemua soalan penilaian di dalam aplikasi MySejahtera. Anda juga perlu membaca dan memahami Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19 di aplikasi MySejahtera. 
    3. Sebelum menerima suntikan, petugas kesihatan akan memberikan penerangan tentang vaksin ini dan anda perlu menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19 di hadapan petugas kesihatan. 
    4. Prosedur yang perlu dilakukan sebelum menerima vaksin pada hari temu janji adalah untuk mengenal pasti jika anda layak atau tidak untuk menerima vaksin.

    Akan dapat SMS juga mengenai tarikh Vaksin. Jadi, kena alert juga yer.

    Antara syarat tidak layak untuk menerima vaksin adalah:
    • Mempunyai sejarah kemasukan hospital disebabkan alahan yang teruk 
    • Mempunyai sejarah reaksi alahan pada mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini 
    • Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi 
    • Pesakit yang menghidapi penyakit HIV
    • Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria
    • Individu yang mempunyai masalah sel darah putih yang rendah
    Sebelum itu, pastikan anda datang pada pusat pemberian pada tarikh yang ditetapkan dan pastikan anda membawa :
    1. kad pengenalan (IC)
    2. Telefon bimbit yang mempunyai aplikasi MySejahtera.
    3. Pen (tak perlu kongsi dengan orang lain).
    4. Hand sanitizer (jika perlu).
    5. Sentiasa pakai mask
    6. Air masak (jika perlu)
    7. Pakai pakaian yang selesa. Jika perlu bawa sweater, disilakan sebab dewan boleh tahan sejuk.
    *Bagi warga emas dan orang kurang upaya digalakkan datang bersama pengiring.

    Semasa Menerima Suntikan Vaksin Covid 19

    Update MySejahtera dan tunjuk pada petugas disana.

    Masa kami sampai tu, kena beratur macam biasa. Petugas dan anggota Rela sentiasa minta anda buka siap-siap apps MySejahtera untuk mereka semak samada kita ini datang temujanji pada tarikh dan lokasi yang betul. Tidak lupa, mereka minta kita update MySejahtera untuk ketahu status kesihatan terkini kita. Mereka sangat berjaga-jaga bab ni sebab nak elakkan kes di IDCC berulang kembali.

    Proses dari menunggu sampai nak cucuk Vaksin tu ambil masa dalam 45-50 minit dengan 4 stesen yang perlu dilalui. Semuanya diatur kemas dan ada petugas yang membantu, jadi tidak perlu risau. Ada yang tak pasti, boleh tanya dengan petugas. Masa Amir menunggu tu, ada sorang mamat ni yang tak boleh cakap melayu dan english. Jadi petugas cari translator untuk bantu beliau.

    Check Point 1

    Check Point 3. Masa ni dah dapat borang dan tengah isi sambil menunggu no di panggil macam kat bank gitu.

    Menunggu no giliran

    Borang kena isi. Tak boleh share penuh sebab confidential katanya

    Selepas no dipanggil, kami diminta ke kaunter pengesahan bagi memastikan bahawa kami bersetuju untuk menerima vaksin. Petugas akan tanya samada kita ada sakit, alahan atau tengah pregnant/nak pregnant. Masa ini juga, nama vaksin diberikan dan kami dapat jenis Sinovac.

    Lepas dah jelas dengan penerangan yang diberikan, kita akan sign sebagai tanda setuju sebelum ke checkpoint seterusnya untuk di cucuk.

    Menunggu giliran sebelum di cucuk

    Bila kita dipanggil masuk ke dalam bilik (ruangan) doktor, kita boleh bertanya apa sahaja kemusykilan pada doktor untuk kepastian. Contoh soalan yang ditanya ialah side effect selepas dicucuk. Apakah antara risiko/pantang larang selepas dicucuk ni.

    Kami dapat doktor muda nama Alvin, berasal dari KL. Berborak juga la sambil dia nak cucuk tu. Maybe dia nak kasi hilang gemuruh dalam badan kami rasanya. Hehe

    Bahagian yang akan disuntik tadi, akan disapukan dengan alcohol swab untuk membersihkan bahagian suntikan daripada kuman yang boleh menjangkiti sewaktu suntikan. Doktor Alvin cucuk bahu sebelah kiri. Tak rasa sangat waktu dicucuk tu, mungkin badan tengah rileks rasanya.

    Selepas itu, kami diminta berada di ruang pemerhatian selama 15 minit. Jika ada rasa pening atau nak muntah, cepat-cepat angkat tangan untuk maklumkan pada petugas. Alhamdulillah, badan kami tiada apa-apa sampai la balik ke rumah.

    Rupa kad vaksin

    Total perjalanan kami lebih kurang 1.5 jam dari parking kereta sampai bertolak keluar dari Bangi Avenue Convention Center. Duk risau juga kat anak-anak yang ada bersama jiran. 

    Alhamdulillah, selesai sudah dos pertama kami. Tunggu 3 minggu lagi untuk dos ke 2 di tempat yang sama.

    Bergambar dulu sebelum balik. Tak ambil di photo booth sebab nak elak dari orang ramai


    Continue Reading

    July 15, 2021

    Carotomax Shaklee : Vitamin untuk Mata Rabun

    Masalah mata kadang-kadang dipandang remeh. Cuba kalau 1 minit kita tak dapat melihat dunia. Mesti rasa panik kan? Hari ini kami nak kongsikan tentang Vitamin untuk Mata Rabun. 

    Carotomax Shaklee : Vitamin untuk Mata Rabun
    Apa itu Karotenoid? Ada kaitan ke dengan Vitamin untuk Mata Rabun ni?

    Karotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya. 

    Carotomax Shaklee : Vitamin untuk Mata Rabun
    10 Manfaat Carotomax
     Fungsi dan Kebaikan Karotenoid.

    1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas 
    2. Merupakan sumber Vitamin A terbaik.
    3. Meningkatkan sistem imunisasi badan kita.
    4. Meningkatkan fungsi organ tubuh terutama kulit dan mata kita.

    Fungsi Lain Karotenoid

    • Membantu pertumbuhan tisu seperti kulit, membran di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
    • Diperlukan semasa kita dijangkitan selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
    • Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum. 
    • Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat. 
    • Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih. 
    • Membina semula sel-sel yang rosak.
    • Melindungi dari rabun malam
    • Menjaga kesihatan mata. 
    • Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta kesihatan umum.
    Carotomax Shaklee : Vitamin untuk Mata Rabun
    1 Hidangan Carotomax bersamaan dengan ...

    Tahukah anda bahawa kandungan 1 kapsul Carotomax bersamaan dengan (khasiat dalam carotomax dengan makanan harian)?

    • 102 biji buah pisang
    • 1 hidangan ikan salmon
    • 85 biji buah rasberi
    • 285 buah limau gedang
    • 714 biji buah aprikot

    Carotomax Shaklee dengan formula yang diperbaharui ini mengandungi 6 jenis karotena yang diekstrak daripada rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan seperti rumpai laut, tomato bukan GMO, biji anggur (grape seeds) brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain.

    Jenis Katotenoid bermanfaat seperti dibawah;

    1. Zeaxantin - Menyaring pancaran cahaya biru dari peranti elektronik dan sinaran UV untuk mengekalkan penglihatan yang sihat 

    2. Likopena - Membentuk lapisan pelindung untuk mengekalkan kesihatan mata. 

    3. Astaxantin - Meningkatkan aliran darah ke retina untuk memberi fokus yang lebih baik kepada objek berhampiran. 

    4. Lutein - Mengekalkan kejelasan kanta semula jadi mata dengan meneutralkan pengoksidaan terutamanya dari sinar UV dan cahaya biru. 

    5. Alfa Karotena - Menjadi vitamin A dalam badan. Menyokong penglihatan yang sihat dan mengurangkan ketegangan mata. 

    6. Beta Karotena - Sumber utama vitamin A. Menyokong penglihatan apabila cahaya kurang dan penglihatan waktu malam.

    Ada beza ke Vitamin A dengan Carotomax Shaklee ini?

    Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu: Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian. Provitamin A dikenali juga sebagai karotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A apabila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. 

    Perlu diingatkan, Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan.

    Carotomax Shaklee berbeza dari yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Itu sebab Shaklee mementingkan bahawa produk mereka selamat digunakan untuk jangka masa panjang.

    Testimoni Carotomax Shaklee : Vitamin untuk Mata Rabun

    Testimoni Carotomax membantu masalah rabun dan silau

    Saya dah ambil 55 botol carotomax. Dulu saya rabun. Dah 5 tahun tak rabun dah. Power saya masa tu, kanan 750 kiri 550. Silau tinggi jugak sebelum amik carotomax. Drive mata wajiblah mata berair pastu sakit kepala. Sekarang, power mata kanan 150, kiri 75. Tak pakai spek pon dah. Pakai contact lens untuk memandu je.

    Kat umah tanpa pape medium pun. Lebih lega mcm tu. Selain vitamin, kena jaga makan juga. Amalan-amalan rohani mcm doa-doa pun membantu. Saya rabun sejak darjah 6. Form 2 baru abah saya buatkan spek. Dulu nak kabo mata rabun nak minta buat spek, takut-takut je . Sebab mahal kan. - Puan Aminah Syuhadah

     

    Testimoni Carotomax dan Omega
    Testimoni ke dua ialah customer yang memberi Carotomax dan Omega Guard untuk 2 orang anak beliau berusia 9 dan 7 tahun. Selepas 2 bulan amalkan secara konsisten, power mata anak beliau ada penurunan. Alhamdulillah

    Continue Reading

    July 10, 2021

    Resepi Life Shake Elderberry Shaklee

     

    Resepi Life Shake Elderberry Shaklee
    Resepi Life Shake Elderberry Shaklee

    Pada yang belum tahu lagi, buah Elderberry ini berada dalam kategori superfood yang memiliki banyak kebaikannya. Nak tahu lagi manfaatnya? Boleh baca disini

    Pada 2 Julai yang lepas, Shaklee ada buat Pre-Launch untuk Produk terbaru mereka iaitu Life Shake Elderberry Shaklee. Jadi, hari ini Amir nak kongsikan 2 resepi yang boleh anda tiru. 

    Resepi Life Shake Elderberry Shaklee
    Life Shake Elderberry Shaklee

    Sedap tak rasa Life Shake Elderberry Shaklee ni? Amir sendiri dan cuba sebab dapat 1 canister pada bulan Mac yang lepas. Sedap sangat dengan tekak Amir ni. Amir cuma campur dengan fresh milk sahaja pun dah sedap.

    Baca : Life Shake Elderberry Shaklee

    Resepi Life Shake Elderberry Shaklee yang pertama ialah Overnight Protein Oat

    Resepi Life Shake Elderberry Shaklee

    Bahan-bahannya:

    • 1 Scoop Elderberry Life Shake Shaklee 
    • 1 Scoop ESP Shaklee 
    • 1/2 cawan Yogurt
    • 2 sudu besar kacang dan kismis 
    • 150ml air
    Cara Penyediaan:
    • Masukkan Yogurt dan Oat ke dalam balang dan gaulkan sehingga sekata. 
    • Campurkan 1 scoop Life Shake Elderberry dan 1 scoop ESP dengan 150ml air ke dalam balang tadi. 
    • Taburkan kacang bersama kismis di atas. 
    • Letakkan balang di dalam peti sejuk dan biar semalaman. 
    • Nikmati pada keesokan harinya.

    Resepi Life Shake Elderberry Shaklee yang kedua ialah Elderberry Milk Shake

    Resepi Life Shake Elderberry Shaklee

    Bahan-bahannya:

    • 2 Scoop Elderberry Life Shake Shaklee 
    • 1 cawan susu Segar
    • Beberapa ketul ais.
    Cara Penyediaan:
    • 200ml susu segar ke dalam pengisar. 
    • Masukkan 2 scoop Life Shake Elderberry. 
    • Masukkan beberapa ketul ais sebelum dikisar bersama bahan tadi. 
    • Boleh hidang terus bersama buah-buahan

    Resepi Life Shake Elderberry Shaklee yang ketiga ialah Elderberry Milk Shake

    Resepi Life Shake Elderberry Shaklee

    Bahan-bahannya:

    • 1 Scoop Elderberry Life Shake Shaklee 
    • 1 Scoop ESP Shaklee 
    • 1 cawan susu segar
    • 1 cawan buah strawberi dan beri
    • 1 cawan ais
    Cara Penyediaan:
    • Campurkan 1 scoop Life Shake Elderberry dan 1 scoop ESP ke dalam pengisar. 
    • Masukkan segelas susu segar (250ml). 
    • Masukkan beberapa ketul ais bersama beberapa biji buah strawberi dan beri. 
    • Kisar semua bahan tadi sehingga menjadi smoothie. 
    • Kemudian boleh terus di minum.
    Continue Reading

    July 09, 2021

    Review Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia

    Review Xiaomi Vacuum Cleaner Malaysia
    Review Xiaomi Vacuum Cleaner Malaysia

    Okes gais! Hari ni dah masuk hari ke 4 kami ada bibik vacuum ni. Nak buat review sikit sebab ramai yang dah bertanya mengenainya. Model yang kami guna ni ialah Xiaomi Smart Robot Vacuum Cleaner model 1C. Ada 1 lagi model, iaitu G1 (Harga RM500). Kira spec dia bawah sikit dari 1C. 

    Spesifikasi Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia

    Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia
    • Colour: White
    • Battery : 2400mAh Battery 
    • Power : 40W 
    • Function : Suction, Sweep, Vacuum 
    • Dust Box Capacity : 600ml 
    • Water Tank Capacity : 200ml 
    • Charging Time : 3 - 4 hours 
    • Working Time : 80 - 90 minutes 
    • Voltage (V) : 110-240V 
    • Size : 353mm X 350mm X 82mm
    • Weight : 3.6kg

    Xiaomi Vacuum Cleaner 1C
    Bahagian bawah Xiaomi Vacuum Cleaner 1C

    Kelebihan Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia
    1.  Harga dia mid range. RM799(official price) beli di Shopee. Ada seller jual RM699, tapi stok dah habis. Kena tunggu bulan Julai. Ada model premium nama dia Roborock, harga lebih RM1,300- RM2,000. Yang ni, jiran Amir dah 3 orang pakai dan puas hati. Fungsi sama dengan 1C ni juga. Maybe kualiti dia up lagi. 
    2. Vacuum 1C mudah nak digunakan. Cuma ada beberapa part kena tengok youtube cara nak bersihkan dan cara menggunakan mopnya sebab buku manual macam takde terang dengan jelas (Atau Amir yang tak reti baca. Haha) 
    3. AI vacuum ni kira smart (pandai). Boleh detect halangan dan cerun tak rata. Jadi, takde la terjatuh tangga gitu. Kalau tersangkut pun, dia boleh minta tolong kita. Best kan? 
    4. Kita boleh control manually bila perlu. Remote guna kat apps Mi Home. Korang kena install dulu yang ini. Cara nak install, ada dalam youtube. Mudah jer. 
    5. Boleh set schedule untuk vacuum rumah. Dia pun boleh mop juga, cuma tak 100% kualiti macam mop tangan, tapi still ok. Jimat masa kita dan boleh buat kerja lain seperti layan customer atau coaching downline. 
    6. Dari segi kuasa sedutan vacuum, boleh tahan juga kalau nak dibandingkan dengan vacuum biasa. Bunyi tak bising sangat dan hasil pembersihan Amir bagi 90% compare dengan buat manual. Not bad la kan? 
    Xiaomi Vacuum Cleaner 1C
    Mop Xiaomi Vacuum Cleaner 1C

    Cara nak buka bekas habuk Xiaomi Vacuum Cleaner 1C


    Kelemahan Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia
    1. Perlu pemantauan juga, sekali sekala bila dia sangkut kat kerusi atau celah-celah rak. Dia akan bunyi minta tolong dan notification kat handphone. 
    2. Waktu operasi dia sekitar 45-50 minit untuk sekali caj (mode turbo). Nak caj perlu masa sekitar 1.5 jam untuk full. Jangan risau, bila capai 15% vacuum automatic akan cari port charger dia sendiri. Kalau dia sesat, kita perlu angkat dan letak kat charger dia. 
    3. Jika guna mode mengemop, disarankan korang alih karpet untuk elak dia tersangkut. Kami biasa gulung karpet dan letak kat tempat lain. 
    4. Sebenarnya, dalam manual ada sebut kena alihkan halangan jika perlu supaya vacuum ni boleh bersihkan tempat-tempat sempit seperti bawah meja makan. Tu yang kerusi Amir letak atas meja macam kat kantin sekolah. 
    5. Berus roller dia boleh tersangkut jika dia sedut benang, rambut panjang atau tali. Kita kena cabut roller tu dan bersihkan sendiri sebelum pasang balik. 
    6. Vacuum ni hanya boleh vacuum habuk dan mop sahaja. Ia tidak mampu mengemas mainan anak-anak, susun barang, buang sampah dan sebagainya. Dan ia tak boleh naik tangga sendiri. Haha. Amir terpaksa terangkan (pada Ziyad & Ziyani) yang vacuum ni takde tangan dan kaki. Kalau dah siap main, please kemas sendiri. 
    Ini lah rupa  Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia bekerja


    Akhir kata, kalau orang tanya perlu atau tidak beli vacuum ni. Amir boleh reply bergantung kepada keperluan masing-masing. Jika anda rasa rumah tu kena vacuum sehari 2 kali. Sesuai sangat la pakai bibik ni. Jimat masa dan anda boleh buat kerja lain kan? Sejak ada bibik ni, 4/5 kali la dia vacuum rumah kami ni. Sampai habuk pun tak singgah lama.

    Review Xiaomi Vacuum Cleaner 1C Malaysia
    Amir beli di Shopee. Link ada dibawah ni kalau berminat.


    Gitu la review Amir. 

    Kalau berminat nak beli, boleh klik link ini yer. 
    Ini bukan paid review, review seikhlas hati sahaja. Hehe
    Continue Reading

    July 03, 2021

    Life Shake Elderberry Shaklee

     

    Life Shake Elderberry Shaklee
    Life Shake Elderberry Shaklee

    Life Shake merupakan hidangan semua-dalam-satu yang lengkap, kaya protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, dengan tambahan ekstrak Elderberi untuk meningkatkan perlindungan. 

    Kaya, berkrim dan sangat lazat dengan sistem pemanis baharu kami, Reb M, Life Shake meningkatkan tenaga, memberi rasa kenyang yang lebih lama, membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan menyokong kesihatan secara menyeluruh 

    Video Shaklee : Life Shake Elderberry Shaklee

     KEISTIMEWAAN LIFE SHAKE ELDERBERRY SHAKLEE 
    • Membekalkan 20g protein soya ultra-tulen, Bukan GMO bagi setiap hidangan, termasuk campuran proprietari protein biji chia organik dan biji labu organik. 
    • Rendah indeks glisemik yang menampilkan inovatif pemanis baharu, Reb M, untuk membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. 
    • Prebiotik daripada campuran bijirin dan enzim pencernaan untuk pencernaan yang lebih baik dan meningkatkan penyerapan protein. 
    • Dikuasakan oleh Leusina untuk mengekal dan membina otot, membakar lemak dan menyokong metabolisma. 
    • Tanpa lemak trans, bebas kandungan tenusu.
    Life Shake Elderberry Shaklee
    Keistimewaan Life Shake Elderberry Shaklee

    Hidangan Life Shake Elderberry Shaklee lengkap dengan;
    • 20 gram protein
    • 24 vitamin dan mineral 
    • Red M (Pemanis tanpa kalori dari ekstrak tebu)
    • Prebiotik dan enzim 
    • Luesina 
    • 6 gram serat 
    • Bukan GMO 
    • Rendah glisemik 
    • Tanpa kolesterol 
    • Bebas Gluten (GF) 
    • Vegan (V)


    Hanya 2 scoop Life Shake Elderberry Shaklee untuk mendapat: 

    1) SARAPAN BERKHASIAT 
    Hidangan lengkap 20g protein bukan GMO dengan nisbah tepat bagi semua 9 asid amino perlu. 

    2) SNEK SIHAT 
    Padat dengan 24 vitamin dan mineral harian yang penting, dengan hanya 150Kcal. 

    3) TENAGA SEBELUM DAN SELEPAS BERSENAM 
    Leusina membantu mengekal dan membina otot tanpa lemak untuk meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak. 

    4) KESIHATAN PENCERNAAN 
    Ditambah dengan ekstrak elderberi untuk meningkatkan perlindungan, 6g serat, enzim pencernaan dan juga prebiotik proprietari bagi membantu kesihatan usus anda. 

    5) PENGURUSAN BERAT BADAN YANG SIHAT 
    Hidangan rendah glisemik yang dimaniskan secara sempurna dengan Reb M, untuk mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan berat badan yang sihat. Sangat bagus sebagai pengganti makanan. 

    6) TENAGA DAN RASA KENYANG YANG LAMA 
    Membantu anda kekal bertenaga, berasa puas dan mengurangkan keinginan untuk makan. Saranan penggunaan: Campur 2 skup serbuk ini ke dalam 1 cawan susu tanpa lemak dan campur sebati. 

    Jadi, sekiranya anda mahukan cara pengambilan yang benar-benar bermanfaat untuk seisi keluarga, maka vitamin Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!

    8 Manfaat Life Shake Elderberry Shaklee

    Dapatkan Life Shaklee Elderberry Shaklee sekarang


    Continue Reading

    Disclaimer

    Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

    Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.