February 27, 2020

Bahayanya Suntikan Vitamin C

Bahayanya Suntikan Vitamin C


Amir sendiri pernah ditanya oleh beberapa orang prospek,
"Ada tak cara yang paling cepat untuk dapat kesan positif?" Atau "Bila boleh saya rasa kesan positif bila makan Vitamin ni?"

Secara jujurnya, makan supplemen ini memerlukan masa untuk mendapatkan kesannya sebab ia adalah makanan tambahan yang mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. So, kesannya bukan seperti ubat panadol yer.

Tetapi, ada pengusaha kecantikan yang mengambil peluang dengan menawarkan "rawatan" kepada pengguna tanpa memandang soal kandungan bahan yang digunakan. Apa yang penting adalah hasil yang pantas terhadap kulit wajah pengguna mereka. Tu jer. Tanpa fikir kesan jangka masa panjang kalau tersalah pilih produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri.

Ikut trend sekarang, ramai wanita yang taasub mahu kelihatan cerah tanpa memikirkan kesan buruknya, malah mengharapkan produk yang dipakai memberi kesan pantas seawal tiga hari penggunaan.

Nak lagi, masih ramai yang mencuba suntikan vitamin C walaupun Kementerian Kesihatan sudah memberi amaran mengenai kesan negatifnya.

Namun, mereka ini disogok dengan banyak testimoni yang mudah mempengaruhi minda wanita khususnya yang nak cantik dengan cepat. Ada yang overclaim sehingga menyatakan bahawa suntikan Vitamin C ini menyihatkan badan dan lebih cepat berbanding makan buah-buahan.

Menurut Pakar Estetika Dr Harith Amirizal Hariff, tiada satu kajian saintifik pun membuktikan suntikan vitamin C dapat mencerahkan kulit. Yang merisaukan ialah suntikan Vitamin C kini boleh didapati dengan begitu mudah di pasaran.

Kebanyakan orang membeli suntikan ini daripada ejen dan secara online menyebabkan urusan jual beli ini tidak dapat dipantau pihak berkuasa.

“Malah ada yang berani menyuntik sendiri cecair yang didakwa vitamin C ke dalam badan tanpa memikirkan kesan sampingannya. Kaedah ini (mencerahkan kulit) mungkin menjadi untuk sesetengah orang hingga ramai terpedaya melihat kesan selepas suntikan dibuat. Bagaimanapun, ia sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudarat untuk kesihatan bagi jangka masa panjang."

“Lebih-lebih lagi jika suntikan dilakukan tanpa pengawasan. Bagaimana jika suntikan tidak masuk ke saluran darah, tentu ia menimbulkan kesakitan dan mudarat pada badan,” kata Dr Harith Amirizal.

Vitamin C juga mudah rosak, maka suntikan vitamin C yang dilakukan individu tidak bertauliah amat tidak digalakkan. Ini dikhuatiri kemungkinan berlaku jangkitan kuman pada tempat suntikan. Kita juga tidak pasti sama ada bahan yang disuntik benar-benar vitamin C tulen dan kebersihan jarum suntikan.

Ramai yang lupa, asas penjagaan kulit bermula daripada pemakanan. Selain itu penjagaan luaran juga penting namun kita harus pastikan produk yang digunakan bebas bahan terlarang untuk mengelakkan mudarat.

Sebaik-baiknya dapatkan dulu nasihat pakar sekiranya berdepan masalah kulit apatah lagi membabitkan prosedur invasif. Jangan sesekali mudah percaya dengan kata-kata orang kerana keadaan kulit, tahap kesihatan dan daya ketahanan badan setiap orang tidak sama.

Kesimpulannya, cara paling selamat untuk mendapatkan Vitamin C ini adalah dengan memperbanyakkan menu buah-buahan dalam diet harian atau ambil supplement yang dihasilkan dari sumber yang diyakini selamat dan berkesan.

#MAM

-----

Sumber : https://www.hmetro.com.my/hati/2018/08/363848/bahaya-suntikan-vitamin-c


Continue Reading

February 19, 2020

CoQ-Trol Shaklee Menyelesaikan 5 Masalah Ini

Kali ini, kami kongsikan 5 kebaikan CoQ-Trol Plus Shaklee yang baru dilancarkan tahun 2018, tetapi sudah mendapat tempat di hati para pengguna.


5 Kebaikan CoQ-Trol Plus Shaklee


1. Mengekalkan Tenaga Sepanjang Hari


CoQ-Trol Plus Shaklee mampu meningkatkan tenaga di dalam sel untuk menyokong gaya hidup aktif. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan kekuatan otot dan mempercepatkan proses pemulihan luka pada badan.

2. Memperbaiki Peredaran Darah


CoQ10 paling banyak didapati di jantung kita kerana ia perlu menggunakan palling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. Jantung kita perlu mengepam kira-kira 2,000 gelen darah ke seluruh badan setiap hari tanpa gagal!

Apabila jantung kita tidak berfunsi secara optimum, itu yang boleh mendatangkan penyakit jantung. 80% penyakit jantung dapat dicegah jika kita mengubah tabiat pemakanan, bersenam, kawal tahap kolestrol dan tekanan darah dalam badan.

CoQ-Trol Plus Shaklee memberi banyak manfaat kepada jantung seperti:
  • Menguatkan otot jantung
  • Membantu peredaran darah dengan lancar
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Meningkatkan tahap tenaga untuk pesakit yang mengambil Statin

3. Meningkatkan Kesuburan


CoQ-Trol Plus Shaklee bertindak sebagai antioksidan yang mampu melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas dan juga mampu meningkatkan jumlah sperma.

Semakin banyak CoQ10 dalam Mitokondria, semakin cepat pergerakan sperma untuk membantu meningkatkan peluang persenyawaan.

Kajian yang dibuat ke atas 228 lelaki yang tidak subur, 114 lelaki diberi 200mg CoQ10 setiap hari. Manakala 114 lelaki lain sebagai aras kawalan. Keputusan yang dapat dihasilkan ialah jumlah sperma mereka meningkat & pergerakan sperma juga sangat aktif berbanding dengan lelaki yang tidak mengambil CoQ10.

4. Memberikan Kulit Yang Gebu dan Lembut


Tahukah anda bahawa CoQ10 terdapat banyak pada permukaan kulit lipid pada bahagian epidermis?

CoQ-Trol Plus Shaklee mampu:
  • Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit
  • Memberi tenaga kepada sel bagi memperbaiki dan penghasilan sel baru
  • Membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan pada muka
  • Membantu mengekalkan keanjalan kulit
  • Kulit akan kelihatan lebih muda dan sihat

5. Membantu Menajamkan Minda


Apabila usia kita semakin meningkat, tahap CoQ10 di dalam tubuh semakin berkurangan. Dengan pengambilan CoQ-Trol Plus Shaklee yang berterusan, ia mampu membekalkan tenaga kepada otak. Pada masa yang sama, CoQ-Trol Plus Shaklee bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi neuro dan mengurangkan Amyloid.

Antara manfaat CoQ-Trol Plus Shaklee untuk minda ialah:
  • Mampu memberi lebih fokus dan kepekaan
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Meningkat keupayaan pembelajaran

Jadi, anda sudah tahu 5 kebaikan CoQ-Trol Plus Shaklee, bukan? Kongsikan kepada rakan-rakan yang memerlukan :)

Baca juga:
Apa Itu CoQ-Trol Plus Shaklee?
Testimoni pengguna CoQ-Trol Plus Shaklee.

Continue Reading

Vitamin C Membantu Pesakit Diabetes Jenis 2

Vitamin C Membantu Pesakit Diabetes Jenis 2
Vitamin C Membantu Pesakit Diabetes Jenis 2
Sejak Amir mula belajar mengenai Vitamin C ini, rupanya banyak kajian saintifik yang telah dijalankan tentang kebaikannya yang merupakan salah satu ramuan dalam perubatan zaman Mersi dahulu yang berasaskan madu, buah-buahan dan herba. Malah mereka menggunakan bahan asli ini untuk mengekalkan kecantikan dan menjaga tahap kesihatan golongan diraja ketika itu.

Hari ni ada 1 lagi kajian yang telah dilakukan diantara Vitamin C terhadap pesakit diabetes jenis 2. Kajian terbaru dari Deakin University mendapati bahawa pengambilan 500mg #vitaminC sebanyak dua kali sehari boleh membantu pesakit yang menghidap #diabetes jenis 2 dengan menurunkan paras gula darah tinggi sepanjang hari dan mengurangkan risiko kenaikan gula mendadak selepas makan makanan.

Kajian secara rawak ini, baru diterbitkan dalam jurnal Diabetes, Obesity and Metabolism, yang mendapati vitamin C menurunkan tekanan darah pada orang dengan diabetes jenis 2, menunjukkan manfaat untuk kesihatan jantung juga.

Penyelidik utama Prof Madya Glenn Wadley, dari Institut Kegiatan dan Pemakanan Fizikal Deakin, berkata hasil kajian ini dapat membantu 1.2 juta warga Australia yang kini hidup dengan diabetes jenis 2.

"Kami mendapati bahawa para peserta mengalami penurunan sebanyak 36 peratus dalam kenaikan gula darah selepas mereka makan. Ini juga bermakna mereka dapat mengurangkan hampir tiga jam sehari daripada keadaan hiperglikemia, "kata Associate Professor Wadley.

"Ini adalah berita yang sangat positif kerana hiperglisemia adalah faktor risiko penyakit kardiovaskular pada orang yang hidup dengan diabetes jenis 2."

Profesor Associate Wadley berkata dos vitamin C yang digunakan dalam kajian itu adalah kira-kira 10 kali pengambilan makanan biasa dan boleh didapati dari kebanyakan kedai makanan kesihatan.

"Ciri-ciri antioksidan Vitamin C dapat membantu mengatasi paras radikal bebas yang tinggi yang terdapat pada orang yang mengidap penyakit kencing manis, dan ia menggalakkan untuk melihat manfaat ini sebagai komorbiditi biasa seperti tekanan darah tinggi," katanya.

Profesor Madya Wadley berkata diabetes adalah masalah yang berkembang pesat di Australia, dengan lebih daripada 100,000 warga Australia membangun diabetes pada tahun lalu.

"Walaupun aktiviti fizikal, pemakanan yang baik dan ubat diabetes kini adalah penjagaan standard dan sangat penting untuk menguruskan diabetes jenis 2, sesetengah orang mendapati sukar untuk menguruskan tahap glukosa darah mereka walaupun dengan ubat," katanya.

"Kita perlu mencari cara baru untuk membantu pesakit diabetes jenis 2 mengurangkan kejadian dan keparahan komplikasi diabetes dan meningkatkan kualiti hidup mereka."

"Bagi pesakit diabetes jenis 2, vitamin C boleh menjadi terapi tambahan yang berpotensi murah, mudah dan berkesan, digunakan sebagai tambahan kepada rawatan anti-diabetes yang biasa untuk meningkatkan kawalan glisemik."

Kajian ini dibiayai dan dianugerahkan oleh Diabetes Australia Trust Trust.

Penyelidikan sebelum ini oleh Profesor Madya Wadley mendapati bahawa vitamin C berfungsi untuk mengatasi radikal bebas dan meningkatkan pelepasan glukosa darah pada pesakit diabetes jenis 2. Ini disebabkan sifat antioksidan yang diketahui oleh vitamin C, yang meningkatkan keupayaan otot untuk menghilangkan pengeluaran sampingan tenaga yang mengganggu tindakan insulin.

Profesor Associate Wadley mengesyorkan orang yang mempunyai diabetes jenis 2 untuk merujuk kepada doktor mereka tentang pengambilan vitamin C bersama ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor mereka.

Kesimpulan yang boleh kita ambil ialah pengambilan Vitamin C sebanyak 1,000 mg sehari membantu pesakit diabetes. Tetapi perlu diingatkan, mereka perlu merujuk kepada doktor yang merawat bagi tujuan pemerhatian. Tidak digalakkan untuk bergantung 100% kepada supplement sahaja kerana supplement bukannya ubat.

1 Tablet Vita-C Plus mengandungi 500mg Vitamin C
Jika ada yang bertanya, jenis Vitamin C apa yang sesuai diambil?

Pilihan Amir sendiri ialah Sustained Release Vita-C PlusTM kerana ia;

1. Produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

2. Mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran.

3. 1 Tablet Vita-C ini bersamaan 7.5 biji buah oren.

4. Malah ia diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

5. Yang paling penting ialah kos 1 tablet hanya 55 sen sahaja!

#MAM



------
Sumber :
https://diabetesnsw.com.au/helpful-resources/news/vitamin-c-found-to-help-type-2/

Continue Reading

February 18, 2020

Tips Memilih Vitamin C Chewable Yang Sesuai Untuk Anak

Tips Memilih Vitamin C Chewable Yang Sesuai Untuk Anak
Tips Memilih Vitamin C Chewable Yang Sesuai Untuk Anak

Malam tadi, ada customer datang beli Nutriferon di rumah kami. Sambil tu, borak-borak la juga pasal supplemen yang sesuai untuk anak-anak beliau. Katanya, dia ada bagi Vitamin C brand C yang dibeli di kedai runcit biasa.

Amir pun jawab, "Bagus la macam tu. Bagi anak-anak ambil Vitamin C untuk tingkatkan sistem imun badan mereka. Sekarang ni kan banyak kes berkaitan influenza."

Kemudian dia pun tanya, Shaklee ada tak Vitamin C Chewable macam yang dia beli? Sebab dia rasa Vitamin C yang dia bagi tu manis sangat.

Bagus betul customer ni, dia alert banyak benda especially bab pemakanan. Kebiasaannya, orang fikir kalau bagi Vitamin C yang beli di kedai tu, lagi bagus dari bagi anak-anak makan gula-gula kan. At least ada khasiatnya.

Baca : Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Imun Badan

Tips Memilih Vitamin C Chewable Yang Sesuai Untuk Anak


Okes, sat yer. Amir nak betulkan fakta tu sikit. Sebenarnya tak semua Vitamin C chewable yang dijual di kedai tidak mengandungi gula.

Contoh di dalam gambar dibawah, ada tertulis berapa isi kandungan Vitamin C dan juga gula bagi setiap hidangan.

  • 150mg + 460mg = 610mg
  • Gula 1g = 1000mg

Jumlah gula dalam Vitamin C ini hampir 2 kali ganda kandungan Vitamin C.
Agaknya kita beli gula ke beli Vitamin C ni?

Jadi, suggestion Amir pada customer tadi ialah pilih Vitamin C Chewable yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan tiada/kurang gula didalamnya.

Tips Memilih Vitamin C Chewable Yang Sesuai Untuk Anak
Kandungan Bahan dalam Vitamin C Chewable Shaklee

Vitamin C Chewable Shaklee ini mengandungi 100 mg Vitamin C. Ia dihasilkan daripada buah-buahan. Sesuai diambil oleh kanak-kanak yang boleh mengunyah dan juga orang dewasa.

Harga sebotol baru RM51.25 sahaja dan ada 90 tablet di dalam satu botol.

Kesimpulannya ialah pilihlah Vitamin C yang terbaik dan terbukti selamat untuk diambil oleh anak kita dalam masa panjang.

Baca : Doa Minta Dijauhkan Segala Penyakit 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami dengan klik icon whatsapp di sebelah.
Continue Reading

February 16, 2020

Res-V Party

Res-V Party
Res-V Party
Shaklee sediakan 550 pax sahaja untuk Res-V Party ni. Kami terlewat beberapa jam jer, sekali banyak tempat dah sold out. Plannya nak attend yang 8 Mac ni. Nampak gaya, rezeki ada pada 22 Mac di Melaka.

Res-V Party

Tempat yang masih ada kekosongan setakat pagi ini (16 Feb, 8.31am) ialah;

  • AC Hotel, Kuantan - 18 April 2020
  • Grand Alora Hotel, Alor Setar - 11 April 2020
  • Grand Continental Hotel, K.Terengganu - 28 March 2020
  • Grand Riverview Hotel, KB - 27 March 2020


Insyaallah, boleh jumpa sekali dengan mentor waktu ni sebab depa duk di Melaka. Begitu cantik sekali percaturan yang Allah dah susunkan buat kami 😍

Tak sabar nak tahu lebih lanjut pasal produk terbaru ni!
Continue Reading

Berapa Banyak Vitamin C Yang Kita Perlukan Sehari?

Berapa Banyak Vitamin C Yang Kita Perlukan Sehari?


Pernah tak kawan-kawan terfikir soalan ini? Amir dulu selalu dapat soalan ini dari customer apabila mereka ingin tahu lebih lanjut. Maklumkah, mereka baca dari banyak sumber yang suggest pelbagai dos untuk pengambilan Vitamin C ni.

Jadi, Amir nak kongsikan 1 sesi soal jawab antara pesakit dengan doktor. Ia diterbitkan oleh Harvard Medical School dan ditulis oleh Dr. Celeste Robb-Nicholson, M.D. Former Editor in Chief, Harvard Women's Health Watch.

Berapa Banyak Vitamin C Yang Kita Perlukan Sehari?
Berapa Banyak Vitamin C Yang Kita Perlukan Sehari?
🍊Soalan dari pesakit beliau.

"Saya berusia 79 tahun dan telah mengambil 3,000 mg vitamin C sehari selama bertahun-tahun. Saya kini tidak selesa untuk mengambil jumlah ini dan merancang untuk mengurangkan sehingga 1,000 mg setiap hari. Adakah ia memberi kesan mendadak kepada tahan kesihatan saya apabila dos ini dikurangkan?"

🍊Jawapan yang dikongsikan oleh beliau.

"Mengurangkan pengambilan vitamin C yang diambil sekarang ini adalah keputusan bijak. Anda telah mengambil lebih banyak vitamin C daripada yang anda perlukan.

Vitamin C, atau asid askorbik, memainkan peranan dalam banyak fungsi penting, termasuk metabolisme dan imuniti. Kita tidak boleh menghasilkan vitamin C dalam badan, jadi kita perlu mendapatkannya dari sumber makanan. Ia boleh didapati dalam kebanyakkan buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Malah ia juga boleh didapati di kebanyakan multivitamin dan sebagai tambahan tunggal bahan.

Pengambilan harian vitamin C yang disyorkan untuk wanita yang sihat adalah 75 mg sehari (120 mg sehari untuk wanita yang hamil atau menyusu). Bagi orang dewasa, pengambilan harian tertinggi yang mungkin tidak menimbulkan risiko adalah 2,000 mg sehari.

Vitamin C adalah vitamin larut dalam air, jadi mana-mana lebihan biasanya dikumuhkan dalam air kencing dan bukannya disimpan di dalam badan. Ia selamat dalam hampir apa-apa amaun dari makanan, dan suplemen dalam jumlah yang disyorkan juga dianggap selamat bagi kebanyakan orang.

Dalam sesetengah orang, dos yang tinggi lebih daripada 2,000 atau 3,000 mg sehari. Ia boleh menyebabkan gejala seperti cirit-birit, loya, pedih ulu hati, gastritis, keletihan, siram, sakit kepala dan insomnia.

Orang yang mempunyai keadaan hati atau buah pinggang kronik, gout, atau sejarah batu ginjal kalsium oksalat tidak boleh mengambil masa lebih daripada 1,000 mg sehari.

Walaupun anda tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan, mengambil 3,000 mg vitamin C sehari adalah pembaziran wang anda. Anda harus mengurangkan pengambilan anda, tetapi lakukan secara beransur-ansur.

Penggunaan yang berpanjangan dengan dos yang tinggi mempercepatkan metabolisme vitamin C. Kurangkan dos secara perlahan-lahan untuk membolehkan metabolisme anda disesuaikan. Cuba mengurangkan pengambilan vitamin C anda dengan 500 mg setiap minggu sehingga anda mencapai 1,000 mg sehari.

Ingatlah bahawa sumber terbaik vitamin C adalah buah-buahan dan sayuran segar. Pastikan makanan tersebut dilindungi dan disejukkan dan masak dengan api yang rendah untuk mengelakkan kemerosotan vitamin."

🍊Kesimpulannya ialah pengambilan Vitamin C perlu disesuaikan dengan dos yang betul mengikut situasi seseorang. Untuk dos yang lebih tinggi, ia perlu dapat pengesahan dari doktor supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan di masa depan.

#MAM

*****

Sumber artikel :
Harvard Medical School
Continue Reading

February 15, 2020

Rawatan menggunakan Vitamin C terhadap Pesakit Virus Corona

Rawatan menggunakan Vitamin C terhadap Pesakit Virus Corona
Rawatan menggunakan Vitamin C terhadap Pesakit Virus Corona

Semalam, Amir ada baca 1 artikel berkaitan rawatan menggunakan Vitamin C terhadap Virus Corona dengan tajuk "Vitamin C Infusion for the Treatment of Severe 2019-nCoV Infected Pneumonia"

Artikel ini disediakan oleh Pakar Penyelidikan dari Wuhan University, Mr. ZhiYong Peng di Zhongnan Hospital yang diterbitkan pada 10 Feb 2020.

Rawatan menggunakan Vitamin C terhadap Pesakit Virus Corona
Rawatan menggunakan Vitamin C terhadap Pesakit Virus Corona
Dalam kertas penyeldikan tersebut, secara ringkasnya Vitamin C ini digunakan kerana ia memainkan peranan dalam mengurangkan tindak balas keradangan dan mencegah selesema biasa.

Dalam beberapa kajian yang lain, pesakit yang mempunyai simptom kekurangan vitamin C ada kaitan peningkatan risiko dan jangkitan influenza menjadi lebih teruk.

Para doktor melakukan infusi (infusion) Vitamin C kerana ia dapat membantu meningkatkan prognosis pesakit yang menghidap penyakit severe acute respiratory infection (SARI). Oleh itu, mereka masih mengkaji keberkesanan klinikal dan keselamatan vitamin C untuk pengurusan klinikal SARI melalui ujian terkawal secara rawak.

Penerangan terperinci:

Pada akhir tahun 2019, pesakit yang tidak dapat dijelaskan pneumonia muncul di Wuhan, China. Pada 7 Januari 2020, coronavirus baru dikesan di makmal, dan pengesanan asid nukleik patogenik telah siap pada pada 10 Januari.

Selanjutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia secara rasmi menamakan coronavirus baru yang menyebabkan wabak radang paru-paru di Wuhan sebagai koronavirus baru 2019 (2019-nCoV), dan radang paru-paru ini di namakan jangkitan pernafasan akut yang teruk (SARI).

Sehingga 4 Februari, 2020, lebih 20,000 kes telah didiagnosis di China, 406 daripadanya telah meninggal dunia, dan 154 kes telah ditemui di negara lain di seluruh dunia. Kebanyakan kematian adalah pesakit tua atau pesakit dengan penyakit mendasar yang teruk. SARI telah menyebabkan kebimbangan dan kecemasan global.

Statistik menunjukkan 41 pesakit SARI menunjukkan bahawa 13 pesakit dipindahkan ke ICU, di mana 11 (85%) mempunyai ARDS dan 3 (23%) mengalami kejutan. Daripada jumlah ini, 10 (77%) memerlukan sokongan pengalihudaraan mekanikal, dan 2 (15%) memerlukan sokongan ECMO.

Daripada 13 pesakit di atas, 5 (38%) akhirnya meninggal dunia dan 7 (38%) telah dipindahkan dari ICU. Pneumonia virus adalah keadaan yang berbahaya dengan prognosis klinikal yang lemah. Bagi kebanyakan jangkitan virus ini, mereka masih tidak mempunyai ubat antivirus yang berkesan, dan rawatan sokongan simtomatik masih merupakan rawatan utama semasa.

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, mempunyai sifat antioksidan. Apabila "sepsis" berlaku, lonjakan sitokin yang disebabkan oleh sepsis diaktifkan, dan neutrofil di dalam paru-paru terkumpul di dalam paru-paru, memusnahkan kapilari alveolar.

Kajian klinikal awal menunjukkan bahawa vitamin C berkesan dapat menghalang proses ini. Di samping itu, vitamin C juga dapat membantu menghilangkan cecair alveolar dengan menghalang pengaktifan dan pengumpulan neutrofil, dan mengurangkan kerosakan saluran air epitelium alveolar.

Pada masa yang sama, vitamin C dapat menghalang pembentukan perangkap ekstraselular neutrofil, yang merupakan peristiwa biologi kecederaan vaskular yang disebabkan oleh pengaktifan neutrofil. Vitamin C ini boleh memendekkan tempoh selesema biasa.

Dan Vitamin C juga mempunyai kesan perlindungan tertentu terhadap pesakit influenza, hanya beberapa kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin C berkaitan dengan peningkatan risiko dan keterukan jangkitan influenza.

Rawatan menggunakan Vitamin C terhadap Pesakit Virus Corona
Jadual pengambilan Vitamin C untuk pesakit yang dalam pantauan doktor
Dalam percubaan yang dikawal tetapi tidak rawak, 85% daripada 252 pelajar yang dirawat mengalami pengurangan gejala dalam kumpulan vitamin C dos yang tinggi (1gram/jam pada awal gejala untuk 6jam, diikuti oleh 3 * 1gram / hari).

Secara kesimpulannya, beberapa pesakit menunjukkan kesan kesihatan yang positif selepas menjalani kaedah rawatan ini. Tetapi para saintis masih perlu mengkaji keberkesanan klinikal dan keselamatan vitamin C untuk pneumonia virus ini melalui percubaan terkawal.

#MAM

*****

Sumber boleh dirujuk di link dibawah;
https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04264533
Continue Reading

Res-V Produk Baru Shaklee

Res-V Produk Baru Shaklee
Res-V Produk Baru Shaklee

Kelmarin, Amir temankan wife dengar briefing di HQ Shaklee mengenai produk baru yang lagi power dari Vivix. Produk apa tu?

Waktu tu, Amir tak sempat nak dengar sebab sibuk melayan Ziyad dan Ziyani di luar bilik seminar. Sambil-sambil tu, ada la tanya sikit-sikit pada Master Firdhaus pasal produk baru ni.

Bahan Res-V dari sumber semulajadi
Ada beberapa kelebihan produk Res-V ni yang tiada pada produk lain di pasaran setakat ini. Malah produk ini juga mempunyai 6 patent yang berdaftar. Senang cerita, company lain tak boleh tiru produk ni.

Kelebihan Res-V ini ialah
1. Ia berbentuk liquid gel, jadi mudah nak travel ke mana-mana.
2. Tidak perlu simpan dalam peti ais. Mampu bertahan sehingga 24 bulan.
3. Mempunyai tambahan 3 lagi bahan berbanding produk Vivix (Grape Pomace, Pomegranate, Chebulic Myrobalan)
4. Mempunyai kuasa 30x ganda lebih resveratrol.

Detail bahan dan isi kandungan sebotol Res-V
Kesimpulannya ialah ResV ni lebih power gitu. Nak tahu lebih lanjut mengenainya, follow fb Amir atau wife Nadiah Suhaidi. Insyaallah, Shaklee kata ia akan dilancarkan pada bulan Mac ni.

#MAM
Continue Reading

February 11, 2020

Vitamin C Melindungi Dari Virus Corona

Ada yang tertanya-tanya, kalau ambil Vitamin C dengan dos yang berlebihan, tidak memudaratkan badan kita ke?

Ye la kan, sejak keluar beberapa artikel saintifik berkaitan rawatan alternatif menggunakan Vitamin C bagi melindungi dari serangan Virus Corona ini.

Vitamin C Melindungi Dari Virus Corona
Vitamin C Melindungi Dari Virus Corona

🍊So, Amir nak kongsikan beberapa fakta yang perlu kita tahu mengenai Vitamin C ini;

Fakta 1
Vitamin C adalah nutrien yang sangat penting dalam banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Fakta 2.
Kalau badan kita cukup vitamin C ini, ia mampu mengekalkan sistem imun yang sihat. Ia juga memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka, menjaga tulang anda kuat, dan meningkatkan fungsi otak.

Fakta 3.
Vitamin C adalah larut dalam air dan tidak disimpan di dalam badan kita. Oleh sebab ia tidak dapat disimpan di dalam badan atau dihasilkan sendiri oleh badan kita, jadi sangat penting untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari.

Vitamin C Melindungi Dari Virus Corona

🍊Langkah seterusnya ialah Side Effect kalau kita ambil Vitamin C secara berlebihan?
Disini, Amir kongsikan 3 benda yang boleh berlaku;

1. Mengambil suplemen dalam dos yang tinggi (tanpa kawalan) boleh menyebabkan penyakit batu karang atau effect kepada buah pinggang.

2. Dalam satu kajian dimana orang dewasa mengambil 1000 mg vitamin C tambahan dua kali sehari selama 6 hari, jumlah oksalat yang dikumuhkan meningkat sebanyak 20%.

3. Laporan kegagalan buah pinggang juga dilaporkan pada orang yang telah mengambil lebih daripada 2,000 mg sehari. Walau bagaimanapun, ini sangat jarang berlaku, terutamanya di kalangan orang yang sihat.

Vitamin C Melindungi Dari Virus Corona
Cadangan dos vitamin yang diperlukan.

🍊Jadi, Bagaimana yang dikatakan selamat mengambil Vitamin C dengan Banyak ini?


Seperti yang dibincangkan oleh pakar perubatan di Orthomolecular Medicine News Service and the International Society for Orthomolecular Medicine, dalam artikel mereka yang berjudul Vitamin C Protects Against Coronavirus; ambil Vitamin C 3,000mg atau lebih, dengan dos yang dibahagikan.

Maksudnya, 3,000mg itu adalah jumlah yang diperlukan dalam sehari, bahagikan kepada beberapa kali pengambilan dalam masa satu hari.

Bermaksud, kita bahagikan 3,000mg Vitamin C tersebut kepada beberapa dos yang kecil dan diambil mengikut beberapa jam tertentu.

Vitamin C Melindungi Dari Virus Corona
Berapa banyak Vitamin C yang diserap oleh badan dalam 1 jam?


🍊Saranan Amir ialah pilih Supplemen Vitamin C yang mempunyai sistem Sustained Released atau bahasa mudah ialah ia mempunyai teknologi melepaskan Vitamin C secara beransur-ansur mengikut jam.

🍊Kenapa kena pilih Suplemen yang ada sistem ini?

1. Badan kita hanya mampu untuk menyerap lebih kurang 200mg Vitamin C dalam masa satu jam. Kalau ambil yang tiada teknologi ini, maka sia-sia sahaja baki Vitamin C yang tidak dapat serap tadi. Ia ditukar kepada bahan kumuh sahaja.

2. Kita ambil Vitamin C tu sebab nak kasi serap 100% ke dalam badan. Rugi la kalau tak dapat diserap sepenuhnya.

3. Kos setiap biji perlu diambil kira. Lagi banyak pil yang ditelan, maka makin banyak duit yang perlu dibelanjakan. Rugi sangat kalau dah makan banyak tapi tak serap 100%. Betul tak?

🍊Pilihan Amir untuk kawan-kawan ialah Sustained Release Vita-C Plus dari brand Shaklee. Antara kelebihan Vitamin C ini ialah;

1. Produk semulajadi yang diperbuat dari ekstrak jagung, sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

2. Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500 mg Vitamin C dalam masa 5 jam ke dalam tubuh supaya diserap secara optimum dan mengelakkan pembaziran.

3. Ditambah dengan 120 mg bioflavonoid sitrus untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C

Vitamin C Melindungi Dari Virus Corona

🍊Cara pengambilan untuk 3,000mg Vitamin C ini, Amir sarankan kita hanya perlu 6 tablet (500mg x 6 = 3,000mg). Ambil 2 biji pada waktu pagi, tengahari, dan malam.

Kosnya pula rendah sahaja. 1 tablet Vita-C Plus ini hanya 55 sen sahaja. 6 biji baru RM3.30 sehari. Murah lagi berbanding dengan sepinggan nasi bersama lauk ayam di kedai kan?

Cuma nak pesan, apabila kita dah pilih vitamin C dari sumber semulajadi. Sebaiknya kita juga perlu amalkan pemakanan yang seimbang dan berasas dari sumber semulajadi juga. Minum air kosong perlu mencukupi. At least 3 litre sehari.

Barulah buah pinggang kita boleh berfungsi dengan sempurna tanpa bebanan akibat dari corak pemakanan kita juga.

Semoga perkongsian Amir ini memberi manfaat buat semua kawan-kawan. Semoga kita semua dihindari dari sebarang jenis penyakit merbahaya.

Amin
Continue Reading

February 02, 2020

Promosi Februari 2020

Terdapat 9 plus 5 promosi yang ditawarkan oleh Shaklee pada bulan Februari 2020 ini.

Promosi Februari 2020
Promosi Februari 2020


1. Promosi Vitamin C Shaklee

Promosi Februari 2020
Promosi Vita C Plus

Beli 2 botol RM 185 (jimat RM 9)

Vitamin C ni memang favourite ramai orang, dan ramai yang tertunggu-tunggu promosi Vitamin C.

Vitamin C untuk tingkatkan imun, cantikkan kulit berjerawat, bantu penyembuhan luka, bantu baikkan sunburn, untuk gusi yang selalu berdarah, untuk orang resdung, gout, dan banyak lagi.

Promosi Februari 2020
10 Manfaat Vita C Shaklee

Baca selanjutnya:

Set Kecantikan untuk Kulit Berparut Dan Berjerawat.
Tanda-tanda Badan Kita Kekurangan Vitamin C
Jerawat Kecut Dalam Masa 3 Hari
Perbezaan Vitamin C Chewable dan Sustained Release C- Plus

2. Promosi CoQTrol Shaklee

Promosi Februari 2020
Promosi CoQ-Trol Plus
Beli 3 botol RM 401 (jimat RM 44)

CoQTrol ni sangat recommended untuk tambah energy. Contoh kalau malam tak cukup tidur, tapi esoknya perlu bekerja macam biasa, elok sangat ambil CoQTrol ni. Dan juga untuk orang yang bersukan dan exercise, ramai yang bagu feedback yang dia ada lebih stamina!

Promosi Februari 2020
10 Manfaat CoQ-Trol Plus Shaklee


Baca selanjutnya:

5 Kebaikan Coq-Trol Plus Shaklee
Koleksi Testimoni Coq-Trol Plus Shaklee
Produk Info : Coq-Trol Plus Shaklee

3. Promosi Zinc Shaklee

Promosi Februari 2020
Promosi Zinc Plus
Beli 1 PERCUMA 1 RM 56 (jimat RM 56)

Zinc ni kecil,  murah, tapi hebat! Famous di kalangan ibu-ibu yang berpantang sebab luka cepat sembuh, ataupun yang luka mahupun patah tulang. Juga untuk mereka yang ada Kencing Manis. Kuatkan imun juga!

Promosi Februari 2020
10 Manfaat Zinc Plus

Baca:
Siapa Perlukan Zink?
Info Produk Zinc Shaklee
Testimoni Zinc Shaklee

4. Promosi Garlic Shaklee

Promosi Februari 2020
Promosi Garlic Complex
Beli 2 RM 106 (jimat RM 5)

Garlic pun kecil tapi best. Ia seumpama antibiotik semulajadi! Ia bantu stabilkan tekanan darah, cantikkan kulit (orang Korea hari-hari makan Garlic!), tingkatkan imun, buang angin juga.

Promosi Februari 2020
10 Manfaat Garlic Complex
Baca:
Produk Info Garlic Shaklee
Immune Booster Programme Shaklee

5. Promosi Meal Shakes Shaklee

Promosi Februari 2020
Promosi Meal Shakes
Beli 2 RM 228 (jimat RM 12)

Meal Shakes menjadi pilihan ibu-ibu sebab ia bantu anak-anak lebih berselera, tambah berat badan, anak dah jarang sakit sebab imun makin kuat, anak dah tak sembelit. Orang dewasa yang kurang berat pun sesuai amalkan Meal Shakes ni.

Promosi Februari 2020
10 Manfaat Meal Shakes


Baca:
Info Produk - Meal Shakes Shaklee
Resepi Meal Shakes Shaklee
Testimoni Meal Shakes Shaklee

6. Promosi Vitalea for Children Shaklee

Promosi Februari 2020
Promosi Vita-Lea For Children
Buy 2 RM 211 (save RM 11)

Untuk ibu-ibu yang risau tentang pemakanan anak yang tak menentu, nak ambil satu jenis multivitamin yang mudah kunyah dan sedap, Vitalea for Children ni sesuai. Anak yang dah pandai kunyah tablet dah boleh ambil.

Promosi Februari 2020
10 Manfaat Vita-Lea For Children


Baca selanjutnya:
Info Produk - Vitalea for Children Shaklee
Testimoni Vitalea for Children

7 & 8. Promosi Performance Drink (Orange & Lemon Lime) Shaklee

Promosi Februari 2020


Beli 2 canister Performance Drink Orange RM 163 (save RM 8)
Beli 2 canister Performance Drink Lemon Lime RM 282 (jimat RM 15)

Performance Drink atau PD ni untuk atlet, atau mereka yang selalu berpanas. Ia bantu elak badan dehydrate, dan beri tenaga instant. Untuk Nad sendiri, Nad suka mix dengan ESP setiap hari.

Promosi Februari 2020
8 Manfaat Performance Drink


Baca selanjutnya:
Performance Drink Shaklee

9. Promosi Youth Skincare Shaklee

Promosi Februari 2020
Promosi Radiance C+E

Beli 200 UV (sekitar RM 750) mana-mana produk YOUTH dalam 1 resit, dapat PERCUMA 1 Radiance C + E bernilai RM 400.

Get FREE Postage + Cashback RM 30++

Promosi Februari 2020
8 Manfaat Radiance C+E

Baca:
Penerangan Setiap Produk Youth
Bahan Utama di dalam Youth Skincare
7 Sebab Memilih Youth Skincare
Koleksi Testimoni YOUTH Skincare

10. Vivix Set

Promosi Shaklee Januari 2020
Promosi Shaklee Januari 2020 - Vivix

2 Vivix RM 684 (save RM 266)
Get FREE Membership + FREE Postage + Cashback RM 34
Total saving RM 375

Baca:
Info Produk Vivix Shaklee
4 Kandungan Bahan Utama Vivix Shaklee
Soalan Lazim Tentang Vivix
Testimoni Vivix Shaklee

11. Youth Starter Set

Promosi Shaklee Januari 2020
Promosi Shaklee Januari 2020 - Youth Starter Set

Cleanser + Toner + Moisturizer SPF 50 + Night Cream = RM 612 (save 238)
Get FREE Membership + FREE Postage + Cashback RM 29
Total saving RM 342

12. Prenatal Set

Promosi Shaklee Januari 2020
Promosi Shaklee Januari 2020 - Prenatal Set

Vitalea + Vita C + B Complex + ESP + Ostematrix + Omega Guard = RM 438.30 (save RM 246)
Get FREE Membership + FREE Postage
Total saving RM 321

Baca:
Testimoni Set Hamil Shaklee

13. Postnatal Set

Promosi Shaklee Januari 2020
Promosi Shaklee Januari 2020 - Postnatal Set

Vitalea + Vita C + B Complex + ESP + Ostematrix + Omega Guard + Alfalfa = RM 479.70 (save RM 270)
Get FREE Membership + FREE Postage
Total saving RM 345

Baca:
Testimoni Set Menyusu Shaklee
Testimoni Set Berpantang Shaklee

14. Daily Essential Set

Promosi Shaklee Januari 2020
Promosi Shaklee Januari 2020 - Daily Essential Set

Vivix + Vitalea + Vita C + B Complex + ESP + Omega Guard = RM 736.20 (save RM 414)
Get FREE Membership + FREE Postage + Cashback RM 36
Total saving RM 525

Hubungi kami di 012-2295680 / 011-20200300 untuk pertanyaan.
Whatsapp: https://nadiahsuhaidi.wasap.my
Continue Reading

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.